Tuesday, June 12, 2012

JEMU TERHADAP SESUATU PERHUBUNGAN



Konbanwa

Hari ini yutaka teringat kisah rakan yutaka yang menceritakan mengenai jemu terhadap pasangannya. Sekarang rakan yutaka ini sudah bernikah dengan pasangan yang dikatakan sangat menjemukan dahulu. Syukur kepadaNya di atas pembinaan masjid itu. Perasaan jemu itu hampir-hampir sahaja menyebabkan rakan yutaka ingin memutuskan hubungan dengan pasangan nya itu.

Yutaka ada bertanya mengenai di manakah datang nya perasaan jemu itu ketika sebelum bernikah. Jawapan nya adalah mudah dia sudah bosan dengan sikap pasangan nya. Pasangan nya sangat mengambil berat terhadap keselamatan nya. Selalu berkorban untuk dirinya. Dan yang paling penting adalah menyayangi dirinya sepenuh hati. Tetapi mengapakah rakan yutaka begitu bosan dengan sikap pasangan nya?

Rakan yutaka ini berkata dirinya sudah terlalu biasa diambil berat sedangkan dirinya tidak begitu mengambil berat terhadap pasangan nya. Jikalau ada pertengakaran kecil, pasti si pasangan itu akan beralah walaupun terkadang silapnya datang daripada rakan yutaka sendiri. Jadinya, rakan yutaka ini seolah tidak bersyukur kerana mendapat pasangan yang amat mencintai dirinya.

Selain itu juga, rakan yutaka ada mengatakan bahawa dia mencari pasangan yang jauh lebih baik daripada pasangan nya itu. Yang lebih kacak, lebih berkerjaya, lebih romantik. Dia menjadikan kekurangan yang ada pada diri pasangan nya itu sebagai alasan untuk dia berasa jemu. Dia mencari kesempurnaan di dalam diri pasangan nya walaupun dia tahu setiap manusia tidak sempurna.

Apa yang yutaka dapat perhatikan di sini adalah rakan yutaka tidak menghargai insan yang selalu bersusah payah untuk dirinya ketika itu. Adakah faktor kesempurnaan dan faktor sudah biasa menerima layanan istimewa boleh dijadikan alasan untuk dia berasa jemu? Tidakkah rakan yutaka patut bersyukur kerana ada insan yang sudi berada di sisi nya di kala susah dan senang? Apa pendapat anda?


Hargailah insan yang begitu menyayangimu sebelum
kamu kehilangan jejaknya.


No comments:

Post a Comment