Friday, March 9, 2012

NAIK GAJI TIDAK BANYAK MANA PON


Konbanwa

Hari ini yutaka terpanggil untuk membawakan perihal penjawat awam naik gaji lagi. Ramai pekerja swasta atau bekerja sendiri yang cemburu akan kelebihan yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam ini. Bermacam status yang ditulis oleh kakitangan swasta mengenai perihal naik gaji ini. 

Ada seorang teman yutaka pernah menyuarakan ketidakpuasan hatinya mengenai gaji penjawat awam naik lagi. Itu belum lagi bonus separuh gaji yang diberikan kepada penjawat awam di akhir tahun. Dirinya merasakan seakan penjawat swasta sepertinya tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada kerajaan. Di sini yutaka ingin perbetulkan mengenai tanggapan negatif itu. 

Jika dibuat perbandingan dari segi gaji, gaji pekerja swasta jauh lebih besar daripada gaji penjawat awam. Kita ambil contoh pekerja yang kelayakkannya SPM. Permulaan bagi penjawat awam jauh lebih sedikit berbanding dengan pekerja swasta. Kenaikan tahunan gaji bagi sektor swasta jauh lebih besar daripada kenaikan gaji penjawat awam. Jadi kenapa pula pekerja swasta begitu berkira-kira dengan gaji penjawat awam?


Dari segi bonus tahunan. Kerajaan ada juga memberi bonus tahunan kepada kakitangan nya, tetapi paling banyak yang pernah diberikan adalah sebulan gaji. Itu pun bukan setiap tahun diberikan. Berbanding dengan pekerja swasta, ada yang bonus sampai 2 3 bulan setiap tahun. Bila kerajaan umumkan bonus kepada kakitangannya, pasti pihak swasta pun "bertempik" tidak puas hati.

Dari segi rumah pula, kebanyakkan pekerja swasta mempunyai rumah yang harganya beratus ribu sedangkan penjawat awam pula hanya mampu mendiami rumah yang murah. Penjawat awam hanya mampu melihat situasi ini dengan sayu sahaja. Hendak membeli, tidak mampu kerana gaji tidak sebesar gaji swasta. Tetapi adakah penjawat awam bertempik tempik tidak berpuas hati? pasti jawapan nya TIDAK

Bagilah peluang kepada kakitangan kerajaan untuk hidup selesa sedikit. Tidak perlu lah kakitangan sektor swasta jaki sangat akan kenaikan gaji dan pemberian bonus yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam. Seperti orang kata " kenaikan gaji ni celah gigi aje.. tidak banyak mana pun " Tetapi penjawat awam tetap bersyukur dengan pemberian itu dan berterima kasih kepada pemerintahan kerajaan sekarang ini.


No comments:

Post a Comment