Wednesday, February 22, 2012

SEMPATKAH YUTAKA TUA?



Konbanwa

Hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai keinsafan yutaka setelah melalui suatu peristiwa. Yutaka baru-baru ini ada menemani ibu yutaka ke kursus Haji di masjid yang berdekatan. Di dalam masjid yutaka perhatikan ramai peserta kursus terdiri daripada golongan emas. Kelihatan tenang wajah-wajah mereka seoalah segala permasalahan hidup tidak ada

Sungguh tenang hati yutaka melihatkan wajah-wajah bersih dan tenang mereka. Terdetik seketika, adakah yutaka bisa panjang umur seperti mereka? Panjang umur menjalani hidup rumahtangga, mempunyai isteri solehah dan dikurniakan anak-anak soleh, dan mempunyai kerja yang menjamin kehidupan. Jika dipanjangkan umur, yutaka harap yutaka waras dan beriman kepadaNya.

Tidak semua manusia mempunyai umur yang panjang. Nasib manusia itu berlainan dan manusia tidak boleh menjangka jangka hayat hidup mereka. Jika semasa hayat kita, kita sempat beramal maka senanglah kita semasa di akhirat nanti. Jika dipanjangkan umur, maka bolehlah kita beramal selagi terdaya. Kerana kita sebagai manusia mempunyai nafsu keduniaan yang membara. 

Yutaka berdoa agar Allah akan memanjangkan umur yutaka untuk beribadat kepadaNya. Selain beribadat kepadaNya, yutaka harap yutaka dapat berbakti kepada ibu yutaka dan membahagiakan beliau. Selain itu, yutaka ingin berbuat baik kepada rakan-rakan yutaka dan orang lain. Mungkin dengan berbuat baik itu, yutaka akan dapat pahala berpanjangan. amin3x 


No comments:

Post a Comment