Tuesday, June 21, 2011

PLAGIAT ATAU KEBETULAN?


Konbanwa

Yutaka sebenarnya tidak berapa menggemari mengenai plagiat. plagiat yang yutaka maksudkan di sini adalah mengenai plagiat fesyen. Mari kita lihat apakah kena mengena plagiat fesyen dengan diri yutaka ini. Yutaka dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Tapi itu tidak bermakna yutaka ini stylo sangat. 

Semasa mengikuti pengajian di sebuah universiti tempatan Malaysia, yutaka bukanlah seorang yang pandai berfesyen.  Makanya di sana, yutaka cuba untuk berjinak-jinak dengan dunia fesyen dan ternyata cubaan itu agak berjaya. Ramai yang agak suka dengan pembawaan fesyen yutaka itu termasuklah seorang teman sekelas yang bijak tp agak kureng dari segi fesyen. 


Yang tidak tahan adalah, apa yang yutaka pakai semuanya ditiru as known as plagiat. Daripada beg ke kelas sampailah ke kasut. Adoyai. Mulanya yutaka tidak perasan. Tetapi apabila ramai yang mengatakan yutaka sudah ada kembar tidak seiras, barulah yutaka terperasan yang rakan yutaka mahu menjadi yutaka kedua. Haishh.. letih tol, apabila semua yang kita pakai, orang lain ikut sama.

Rupanya cerita plagiat ini tidak terhenti. Sekali lagi yutaka ditiru oleh rakan yutaka juga. Peniruan ini adalah lebih kepada minat aliran muzik, cara berfesyen dan cara beraksi di depan kamera. Kerana itu, yutaka tidak mahu membuka gambar profile yutaka di facebook yang mengandungi aksi yutaka semasa sesi bergambar. Bukan tidak mahu membuka tuk tatapan rakan-rakan, tetapi apabila mengetahui diri ini di plagiat dari segi fesyen dan cara bergambar membuatkan yutaka menutup album profile di facebook.

Tidak salah untuk mengambil contoh, tetapi tidak perlu lah sampai plagiat 100 %. Jadilah diri sendiri, tidak perlu menjadi orang lain. Yutaka pun bukan fesyen sangat pon, baru je hendak meningkat naik. Kalau plagiat dapat upah, ok gak tu. Senangnya plagiat. Orang punye idea, die mendapat nama kan. tidak patut langsung. Jika minat fesyen, carilah identiti sendiri. Bukan meniru aksi orang lain untuk kelihatan hebat di mata orang sekeliling.


No comments:

Post a Comment