Saturday, June 25, 2011

KERJA LEBIH MASA, PERLUKAH?



Konbanwa

As salam semua. Hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai KERJA LEBIH MASA atau dalam bahasa penjajah adalah OVERTIME ( OT ). OT merupakan satu perkara yang paling dinantikan oleh setiap insan yang memerlukan duit tambahan. Tetapi adakah OT ini perlu dilaksanakan atas urusan peri pentingnya kerja itu disiapkan atau hanya sekadar duit gaji kedua?

Mari kita renungkan mengenai budaya OT ini : 

a) Kerja hakiki dilakukan OT, sedangkan 8jam setiap hari tidak digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan kerja hakiki. Kerja hakiki di simpan untuk dilaksanakan OT. Sampaikan kerja menggaris yang memerlukan column di dalam buku manual mengambil masa setengah hari untuk disiapkan. kerana apa? kerana kerja sambil berborak merupakan budaya kerja yang sering di amalkan.

b) Setengah jam atau satu jam setiap hari dibuat OT. sedangkan prestasi kerja tidak menunjukkan peningkatan yang begitu ketara. Ini kerana satu jam tidak lah sepenuhnya bekerja, kerana setengah jam digunakan untuk berborak² sambil makan kacang ataupun bermain game di komputer. Ada juga yang melayari Maharaja Lawak ketika sedang OT.

c) Ada insan yang sudah set berapa ringgit yang boleh di dapati setiap bulan. di mana mereka menjadikan duit OT ini sebagai duit gaji kedua. Apabila sudah di set di dalam minda, makanya kerja mereka sudah di set masa untuk disiapkan. Tidak dipercepatkan dan sengaja dilambatkan merupakan taktik yang sering dilakukan bagi jenis berfikiran tidak jujur ini. Bila sudah disetkan, makanya ruang masa 8 jam bekerja diselitkan dengan bermain facebook, chit chat, dan bermain game di komputer.

  Yutaka bukan seorang yang dengki akan rezeki masing-masing. Yutaka pun mempunyai kerja yang begitu banyak, tetapi yutaka bawanya ke rumah untuk disiapkan. Kerana apa, yutaka mahu cover balik jumlah jam bekerja yutaka seharian. Mesti orang kata, yutaka ni rajin tidak bertempat, tetapi yutaka tahu duit bukan lah segalanya. Keberkatan di dalam mencari rezeki itu penting. Kerana yutaka takut suatu hari nanti, balasan dariNya akan membuatkan yutaka tidak selesa untuk menjalani kehidupan di dunia ini.



No comments:

Post a Comment