Friday, May 28, 2010

PICTURE OF THE WEEK



NOTE : CANDID WAJAH PN MASRITA MASNUN

Monday, May 24, 2010

TAG ICE

Konbawa ..

TAG dari encik ICE .. jom mari kita menjawabnya

Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
nak upah pengacara edisi siasat, WAN KAMARUDIN  tu untuk mengetahui kebenaran kisah ini.
dan mungkin tidak teragak-agak nak email kepada ADUAN RAKYAT 
untuk dibaca oleh KARAM SINGH WALIA

6 org di hati anda ?
Ibu Ayah dan 4 orang Adik beradik. Semuanya ada 6 orang .. ONE HAPPY FAMILY.. Amin3x

Anda rasa anda comel ?
Terasa juga tentang kecomelan diri ini. Tapi malas nak kecoh², nnt orang kata bongkak laks..

Single or taken ?
single mingle pringle

Blog yang anda suka ?
blog yang ada jual baju² lelaki. Tp cam xjumpa lagi la.. 

Adakah bilik anda kemas setiap hari ?
mestila kena kemas.. xmo ada lipas duduk bersama dengan ku di bilik

Lagu terakhir yang anda dengar ?
lagu my fav group SLAM

Last text message ?
si dia

Last phone call ?
si dia

Hari terakhir anda menangis ?
xmenangis cuma sebak je.. lelaki mana leh nangis..kena cover beb

List lima favorite colour anda .
Merah Biru Hitam Putih dan warna pelangi..kehkehkeh

Website yang paling anda suka ?
yang ada donload lagu free..best²

Orang terakhir anda ber"ym" ?
si dia

Game yang anda paling suka ?
PES or WE

Adakah anda peminat MCR ?
lagu je yg minat..haha

Apa perasaan anda semasa jawab tag ni ?
Stress lor.. lagi senang xm KPLI or xm PTD

Anda rasa tag ni best ?
disebabkan usaha orang pertama memerah otak nak wat soalan ini,
jd saya bagi lampu hijau untuk beliau

Tag lagi 10 orang .
Malas la

Pesanan untuk orang yang anda tag ?
Nak pesan ke? Jaga diri dan jaga agama bebaik..

Thursday, May 20, 2010

TUNAIKANLAH SOLAT


Konbawa

Episod yang lepas, biarkan lepas .. kenangan sedih kita tinggalkan di sana.. hehe ..Kali ini kita kembali ke fitrah kejadian kita sebagai manusia.. iaitu sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.. Sebagai khalifah, kita sudah semestinya diamanahkan untuk menjaga kurniaan Illahi ini dengan sebaiknya.. Sebagai balasan di atas kurniaanNya, pastinya kita diwajibkan untuk mensyukuri nikmat yang diberi.. dan satu salah caranya adalah dengan sujud kepada Pencipta kita iaitu menunaikan solat

teringat yutaka akan kata-kata ustaz semasa yutaka bersekolah agama di Johor. kata-kata itu berbunyi, 
jika kita ikhlas menunaikan solat, nescaya kita akan merasa serba tidak kena sekiranya kita sengaja meninggalkan solat. Contohnya seperti kita suka bermain facebook, jika satu hari tidak bukak facebook, kita akan jd tidak keruan .. sama juga dengan solat.. jika kita cintai dan sayangi solat, kita akan rasa cam kekurangan sahaja bila kita meninggalkannya

pernah yutaka menguji seorang sahabat yutaka dengan mengajak dia menunaikan solat.. sahabat itu menjawab " kau pergilah dulu, nanti aku follow " dan
 " aku tidak biasalah solat di tempat yang kecik², tak selesa .. aku lebih suka pergi ke surau " .

selepas itu tidak tahu la samada sahabat itu solat ke tidak.. mungkin solat rasanya .. yutaka bersangka baik.. yutaka pun sedang berusaha untuk menyempurnakan rukun islam yang lima itu.. kerana apa? kerana yutaka adalah manusia kerdil di sisiNya..


AKHIRNYA KETEMU JUA


Konbawa

Untuk kali ini, yutaka nak bawa mengenai kisah cinta tidak kesampaian .. sedihkan bunyinya..tu baru membaca baris-baris kata, belum dikira dengan sedihnya bila melaluinya.. pedih perit sedih pedih semua ada.. untuk episod duka kali ini, yutaka bukan mahu bercerita bagaimana kisahnya cinta tak kesampaian itu, tetapi yutaka nak bawa satu kisah bagaimana halnya apabila berjumpa kembali dengan orang yang pernah kita sayangi dahulu  

Kisah ini baru sahaja berlaku semalam. Ya semalam .. huhu .. Pagi itu yutaka bakal menduduki peperiksaan kenaikan pangkat. sebelum memerah otak untuk menjawab, yutaka pergilah bersarapan dahulu.. Mulanya tidak perasan, tapi bila diamati sedalamnya.. baru yutaka terperasan.. Alamak .. wanita itu ? wanita itu adalah wanita yang pernah yutaka sayangi lebih dari diri yutaka sendiri .. Dahsyat bukan penangan cinta .. hehe
Akhirnya .. yutaka bertemu jua.. Yutaka sebenarnya mahu elak dari berjumpa dengan wanita itu.. namun kuasa Allah mengatasi segalanya.. Akhirnya yutaka berjumpa juga di kala yutaka tidak menginginkan ianya terjadi.. Yutaka tidak mahu luka lama berdarah kembali .. tidak mahu jiwa senyum dalam tangisan lagi .. 



Bila dah berjumpa tu, perasaan yutaka bercampur baur.. rasa geram, rasa rindu, rasa sedih semuanya ada..Yutaka tidak sanggup menatap mata insan yang pernah yutaka sayangi itu.. Serius tak sanggup.. Sudah lama tidak berjumpa dengan dia.. Ada dekat 3 tahun di mana yutaka tidak dibenarkan melangkah ke majlis perkahwinannya itu. Hendak buat macam mana kan.. Dirinya mahu gembira di atas kepedihan jiwa parah yutaka.. Susah mahu mengubati luka yang pernah dihiris halus² ini .. bila hampir sembuh, jumpa balik.. tak ke luka lama terguris kembali .. erm...

Mungkin sukar diri ini mahu melupakan insan yang pernah buat kita gembira dan sedih.. Lagi-lagi insan yang pernah memberi harapan dan pada masa yang sama meruntuhkan kembali angan-angan kita itu .. Mungkin benar kata orang..  Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, di mana kita diminta untuk mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurnia itu





Wednesday, April 21, 2010

BOLEHKAH HIDUP DENGAN PUISI


Konbawa

Sebenarnya kisah yang akan diceritakan ini adalah kisah benar di mana ianya benar² berlaku di alam ini. Yutaka pernah cuba dipadankan dengan seorang wanita yang lebih berpangkat daripada yutaka. Well, yutaka tidak kisah sangat pun, tapi adakah sudi wanita berkerjaya ini menerima yutaka ini?

Disebabkan kesungguhan kakak yang cuba memadankan itu, maka yutaka pon cuba la berkawan dengan wanita ini. Nampaknya betul sangkaan yutaka, tidak semua wanita bekerjaya ini dapat menerima seorang lelaki yang lebih rendah tahap kerjayanya sebagai teman mereka. Ditolak tanpa berikan sebarang alasan, namun yutaka cuba menerima kenyataan bahawa kami tidak ditakdirkan untuk rapat. Itulah takdir Illahi yang perlu yutaka terima dengan rela hati.
Sekarang wanita itu sudah berkahwin, dan kawan yutaka pernah berkata "padan muka" kepada wanita tersebut. Menurut kawan yutaka, salah satu faktor yang membuatkan yutaka gagal memikat adalah kerana yutaka suka membuat PUISI. geli geleman la kononnya. Begitukah ceritanya? kebenaran cerita itu tidak dapat dipastikan. Tapi jika benarlah, yutaka terfikir hina sangatkah seorang lelaki yang punya sedikit kurnia mencipta puisi? 


Tambah kawan yutaka lagi, itulah padahnya nak mengelak sangat daripada lelaki yang suka berpuisi, akhirnya dapat suami yang #@x!*^$ (kata-kata hinaan yang tidak perlu yutaka paparkan di sini). Yutaka pun berseloroh.. mungkin dia tidak yakin untuk hidup dengan lelaki yang rendah taraf kerjayanya yang hanya punya sedikit bakat berpuisi. Takut mati kelaparan rasanya..hahaha
Sesungguhnya yutaka yakin akan janji Allah, di mana kita akan dijodohkan dengan mereka yang sesuai dengan kita di mana kita akan saling melengkapi kelemahan pasangan masing-masing. Mungkin di luar sana masih ada lagi wanita yang sudi mendengar bakat puisi ini dan yang paling penting menerima yutaka seadanya secara zahiriah dan batiniah.

Sunday, April 18, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Konbawa

Tidak lama lagi, jabatan yutaka akan mengadakan anugerah perkhidmatan cemerlang untuk tahun 2009. Semua berteka-teki mengenai siapakah yang akan menerimanya untuk tahun 2009. Yutaka sudah menerimanya pada tahun 2008 hasil penilaian Madam Mumu. Tidak sangka pula yutaka diberikan peluang untuk menerima anugerah tertinggi yang diidami oleh setiap pekerja

Maka apabila sudah mendapatkannya pada tahun lepas, yutaka tidaklah berangan-angan untuk mendapat anugerah itu untuk tahun ini. Biarlah orang lain mendapatkannya kerana mereka juga bekerja untuk mencapai matlamat dan visi organisasi. Tetapi dalam soal kriteria yang membolehkan sesiapa dinobatkan sebagai pekerja terbaik masih lagi menjadi perdebatan.


Yutaka pernah terdengar mengenai ciri² dan kriteria yang membolehkan seseorang itu diberikan anugerah perkhidmatan cemerlang pada kaca mata seorang pegawai. Secara ringkasnya, beliau berkata, asalkan kerja yang dihasilkan pekerja itu siap sempurna maka pekerja itu boleh mendapatkan anugerah itu. Tidak perlu hiraukan sekiranya die suka merayap di waktu kerja, dan datang pejabat pukul 10.00 ke atas.

Begitu rupanya mentaliti salah seorang pegawai. Walaupun cara pemikiran ini tidak mewakili seluruh pemikiran pegawai tetapi yutaka begitu hampa sekiranya anugerah itu diberikan berdasarkan kriteria itu. Jikalau begitu, rasanya bolehlah setiap pekerja balik rumah sekiranya kerjanya sudah selesai. Bukankah kita digajikan untuk bekerja untuk sejumlah waktu yang telah ditetapkan?

Walaupun begitu kecewa dengan cara pemikiran itu, yutaka tidak boleh menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk yutaka bermalas-malasan di dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada yutaka. Yutaka percaya jika kita ikhlas di dalam menjalankan amanah yang diberi, keberkatan berkekalan itu yang akan kita perolehi di masa mendatang.


Tuesday, April 13, 2010

RESTU IBU BAPA



Konbawa

Hari ini yutaka banyak belajar sesuatu daripada sebuah pemerhatian. Syukur kepadaNya, kerana memberi yutaka ruang dan peluang untuk belajar melalui nikmat mata ini. Untuk kali ini yutaka nak kongsi kisah mengenai keberkatan hidup datangnya daripada restu ibu bapa. Bosan? Jika boring, sila tekan pangkah di hujung sebelah kanan atas sekarang ini. hehe.

relevankah restu ibu bapa di dalam setiap perkara? Persoalan ini sering menjelma di hati anak² yang mahu hidup bebas tanpa dikongkong oleh ibu bapa. walau sekecil mana pun sesuatu perkara itu, tetapi restu ibu bapa itu adalah umpama tiket untuk kita senang melangkah di dalam menjalani kehidupan seharian ini. Tidak ada ibu bapa yang mahukan anaknya susah. Jika mereka berleter, maknanya mereka sayang kepada kita. Tidak mahu kita terus hanyut di dalam dunia ciptaan manusia. 


apa faedahnya jika anda direstui oleh ibu bapa? Pertamanya, Allah akan sayangi sesiapa yang menghormati dan menjagai hati ibu bapa. Bila restu sudah dapat, maka sudah tentu rahmat akan turun mencurah² umpama turunnya hujan membasahi bumi. Keduanya adalah dengan restu ibubapa, kita sudah pasti akan dilindungi dengan doa mereka. Bukankah doa ibubapa itu makbul? Ketiga adalah restu ibu bapa itu dapat mendorong kita untuk berjaya di dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya seperti belajar atau bekerja. Bila kita melihat betapa restunya ibubapa kita itu, kita akan sentiasa melakukan seperti yang diinginkan mereka.

sekaya mana pun atau sesenang mana pun seseorang itu, pastinya tidak akan tenang sekiranya restu ibu bapa tidak mereka perolehi. Kenapa hidup kita tidak tenang? Sebabnya Allah sangat murka kepada sesiapa yang tidak mengenang akan jasa ibu bapa di dalam melahirkan dan menjaga mereka dari kecil hinggalah dewasa. Tanpa persenyawaan itu berlaku, maka tidak akan adalah manusia bergelar anak. maka dengan itu kita berhutang nyawa dengan mereka buat selama-lamanya.