Thursday, November 12, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO MY LAST BRO


Konbawa..

At the last birthday in the year
my last bro akan menyambut
hari ulangtahunnya pada hari esok
iaitu jumaat 13 nov 2009..

SELAMAT MENYAMBUT BIRTHDAY 
MY LOVELY LITTLE BRO
mohamad faiz bin ibrahim

well bro, ingat pesan abangmu ini
dirimu dah menginjak dewasa
so berfikirlah secara dewasa,
cintailah your own family
family is the priority

moga kamu cepat besar,
dipanjangkan umur, ditambahkan rezeki,
dimatangkan fikiran, dikurniakan
famili yang bahagia selamanya.



Wednesday, November 11, 2009

BEKERJA LAH SELAGI TERDAYA



Konbawa..

Bekerja itu satu ibadah selagi kita
bekerja dengan ikhlas dan halal..
tidak semua kita boleh bekerja
dengan laju dan pantas

Jika kita tidak boleh bekerja
sepantas kilat, kita mesti pandai
mencari masa untuk menyempurnakan
tugas yang diberi kepada kita
seperti buat kerja lebih masa or
datang lebih awal dan pulang lewat sedikit



Jika tidak sempat juga, kita bolehlah
berbincang dengan bos 
minta pendapat bos bagaimana hendak
selesaikan tugas yang tertunggak
janganlah kita bermalas²an
kerana kerja itu satu amanah

yang paling penting, janganlah kita
sengaja melengahkan kerja untuk
buat kerja lebih masa..
kerana apa? kerana kita tidak jujur
dengan rezeki Allah..







APABILA SI DIA MENJADI REBUTAN..




Konbawa

Baru sekejap tadi yutaka melayari facebook,
terjumpalah kawan² lama, lamanya adalah
semasa yutaka dibangku sekolah rendah lagi
dalam dok² view tu, yutaka ternampak
seorang lelaki bernama K

kelakar sungguh apabila mengingatkan
kisah bersama dengannya, kisah itu
adalah mengenai kisah perebutan
seorang wanita berwajah ala-ala arab

sebenarnya kedua² lelaki ini
cuba mengatur strategi
untuk menawan hati puteri pujaan hati
tapi yang tak boleh tahan tu,
K menggunakan taktir kotor

habis dikutuknya yutaka
dihadapan wanita itu,
kata yutaka inilah itulah, macam².
as a gentlemen, yutaka tak balas
apa yang dia buat..just wait n see

terkadang terfikir, ada juga
lelaki yang menggunakan helah kotor
untuk memenangi hati pujaan hati
iaitu dengan memburukkan pesaingnya
pe dah, xgentle betul..


Tuesday, November 10, 2009

SIAPAKAH KITA?


Konbawa..

Apa khabar semua? yutaka sebenarnya
ada bertanya pada diri yutaka sendiri
"siapakah aku"..

kadangkala yutaka sangat
memikirkan mengenai kelemahan
yutaka sebagai hambaNya
bila fikirkan hal itu,
mulalah terasa rendah diri,
tidak yakin pada diri, xmacho..

sebenarnya yutaka tidak
menghiraukan kelebihan yutaka
yelah kadangkala terasa kejam
pula pada kelebihan kurniaan Illahi ini
bila fikir2 kembali,
yutaka patut kembangkan kelebihan itu
sentiasa positif dan yakin akan kelebihan itu

mengenai kelemahan yutaka itu
yutaka akan perbaikinya sedikit²
yang penting ada kekuatan minda dan hati
untuk perbaikinya..
jangan terlalu fikirkan kelemahan anda
kerana takut kelebihan tersembunyi
terus bersembunyi tanpa dipedulikan






Monday, November 9, 2009

SELAMAT HARI LAHIR ABANGKU


Konbawa

Sembilan 11 Sembilan Belas 80 merupakan
hari kelahiran abang yutaka,
xsangka pula, abangku ini sudah
menginjak dewasa yek..

Di saat jari jemari menyentuh keyboard ini,
yutaka baru sahaja meraikan birthday
abang yutaka di  Pizza Hut (tempat fav beliau)
bersama adik dan parents yutaka

So as the second one, yutaka
nak mengucapkan sesuatu kepada
my elder bro ini..

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
mohd fadzli bin ibrahim

doa adikmu ini sentiasa
mengiringi perjalanan hidupmu itu :

a) moga dipanjangkan umur
b) ditambahkan rezeki
 c) moga yutaka cepat mendapat akak ipar
d) moga bisnes makin kencang
e) moga hamstermu sentiasa sihat dan ceria




Friday, November 6, 2009

MENTALITI ENCIK MOTOR


Konbawa

Motor merupakan sejenis kenderaan dua roda
yang kadar kemalangannya adalah sangat tinggi
walaupun banyak kempen²
di "gegar" kan oleh pihak berkuasa
namun kadar itu masih lagi tinggi

untuk itu yutaka nak kisahkan
mengenai pendapat yutaka mengenai
satu kebarangkalian sebab
yang mengakibatkan encik motor
ini kemalangan. ianya adalah
mengenai mentaliti encik motor itu sendiri

selalunya bila yutaka drive
encik motor² ini selalu berada di tengah²
wah2..tunggang seperti makan angin
biasanya encik² kereta ini mula
merungut dan kadangkala memaki

lagi satu situasi adalah
bila nak men "cilok", ikut suka je..
tanpa melihat cermin sisi dan
tanpa memberikan isyarat.

sekiranya mentaliti encik motor
tidak pernah berubah iaitu
menunggang ikut suka hati die sahaja,
kadar kemalangan yang
melibatkan penunggang motorsikal
ini tidak berkurangan.



Wednesday, November 4, 2009

BOLEHKAH CINTAKU DIBELI SANG DUIT?


Konbawa

Duit atau wang merupakan satu
perkara yang sangat digemari oleh
setiap makhluk bergelar manusia
Siapa tidak mahu duit?

Cinta seringkali menjadi mangsa
godaan sang duit ini..
Lagi² wanita, pantang di beri "rasuah"
terus jatuh cinta kepada
sang lelaki berharta

Tetapi adakah berkekalan cintanya itu?
bolehkah duit membeli kebahagiaan hakiki?
bagaimana pula sang lelaki yang
kaya dengan pekerti tp kurang berharta?

jika anda bercinta dengan duit
anda menempah keranda kedukaan
tetapi jika anda bercinta dengan hati
insya Allah anda bahagia selama²nya.



jangan risau, rezeki itu ada di mana