Monday, June 29, 2009

BEST MAN WIN

Konbawa
Best man win merupakan
satu ungkapan kemegahan
bagi seorang lelaki
yang berjaya menakluki hati seorang wanita

Lagi2 sekiranya berjaya takluki
hati wanita popular dan diminati ramai
wah..terasa dunia dia yang punya
kembang kuncup menahan rasa bangga

Tapi jangan sombong plak
sekiranya anda berjaya tawan
wanita yang diminati ramai
jangan sia2 kan usaha anda itu
hargailah wanita itu sepenuh jiwa



Friday, June 26, 2009

PENDIAM ITU SOMBONG?

Konbawa..

Kadang-kadang kita selalu
mengklasifikasikan seorang
pendiam itu sebagai sombong
itu memang set mind kita
apabila berjumpa dengan
seorang pendiam

Kita selalu menjadi hakim
kepada permasalahan itu
sedangkan kita tidak cuba bermesra
dan memangkinkan

individu tersebut supaya
dapat bersuara.


ada dua sebab seseorang itu
sangat pasif dalam berbicara

a) memang dia seorang pendiam sejak dari perut ibunya @

b) tidak punya modal untuk memulakan bicara.

Perlu diingat di sini,
seorang yang pendiam
tidak perlukan kata2 sindiran,
kutukan,
lirikan mata menjegil

untuk membuatkan
mereka berbicara

SUKARNYA BERBUAT BAIK

Konbawa..

Apa khabar? saja-saja
nak post mengenai
sukarnya apabila kita
hendak berbuat kebaikan


Pernahkah anda mengalami
situasi di mana adanya banyak
aral apabila kita cuba untuk
berbuat kebaikkan seperti
disindir dikata oleh teman2,

diuji oleh Yang Maha Esa

Berlainan situasi pula
apabila kita hendak
berbuat notty2
xde aral langsung, senang betul bila
kita nak buat

tp bagus gak halangan2 nih
sebab apa, dari situ
kita akan diuji samada
kita ikhlas atau tidak
dan seterusnya dapat pahala


Thursday, June 25, 2009

HAPPY BESDAY TO SHEE-RA

Konbawa..
Sempene 26 jun 2009, jumaat
yutaka nak wish
besday to my office mate lo

HAPPY BIRTHDAY TO YOU SHEE-RA

Moga besday ni
a) penantian kamu akan berakhir dengan kegembiraan
b) dipanjangkan umur
c) ditambahkan rezeki
d) rumahtangga aman damai


alamaks tercomot lak makan kek shee-ra..ngee.ngee

TAK DICIPTAKAN AKU

Sekali pandang terus ke hati
Dari hati getaran suara terhenti
Darah teralir lajunya berlari
Kotak jantung teresak sendiri

Ku tak tahu dirimu ada dia
Ku tak sedari cinta tercipta
Ku terpaksa meleraikan semua
Cinta dikalbu mainan fantasi jiwa

Walaupun bukan bersama aku
Ku mahu dirimu bahagia selalu
Ku doakan terbaik untukmu
Layari cindai asmara sepenuh kalbu


HARI INI HARI TERAKHIR

Konbawa
Hari ini adalah hari terakhir
yutaka dapat bekerja
dengan seorang kawan
yang sangat2 best

dengar-dengar kawan yutaka
akan ditukarkan ke tempat lain..
bosan2 if dia xde
sebab dia ni kelakar dan happening

nampaknya hari kerja yutaka akan bertambah sepi


Wednesday, June 24, 2009

SUARA MACHO TAPI..

Konbawa..

Yutaka arini terdengar
satu perbualan di mana
ada unsur kutukan tahap asbestos
huhu

perbualan itu berbunyi begini
SUARA MACHO TAPI MUKA HARAM..


Yutaka kurang senang
dengan penggunaan
istilah " Muka Haram "
Setiap kejadian Allah adalah elok-elok belaka
Kita sebagai hambaNya tidak berhak mengkelaskan
ciptaan Allah itu sebagai HARAM
ya..myb MUKA HARAM itu
diertikan sebagai MUKA TIDAK TAMPAN
tp istilah HARAM itu tidak wajar digunapakai sesuka hati.

renung-renungkanlah..
marilah kita bersama-sama
mengambil iktibar