Monday, December 12, 2011

KENAPA RAMAI TIDAK SUKA DIA?


Konbanwa

Hari ini yutaka sengaja membawa satu situasi. Bukan hendak membuka keaiban seorang rakan tetapi tertanya mengapakah beliau tidak begitu digemari oleh individu lain. Jika diikutkan rakan yutaka ini begitu baik dengan yutaka. Tetapi sering kali yutaka menerima aduan mengenai ketaksukaan individu lain terhadapnya. Walaupun aduan itu begitu berdesing di telinga yutaka, namun yutaka tetap mahu mendengar rungutan itu

Jangan kata yutaka suka bergosip ye. Yutaka sengaja mendengar rungutan itu bagi mendengar permasalahan sebenar yang berlaku. Barulah yutaka boleh menilainya secara sepenuhnya. Dari komen-komen yang diterima, yutaka dapat kesimpulan bahawa rakan yutaka ni terlalu tidak bertolak ansur dan menggunakan bahasa yang kurang sedap didengar apabila berurusan.


Yutaka terasa ingin menceritakan hal ini kepada rakan yutaka itu, tetapi mungkin ambil masa sedikit. Sebab yutaka kena memikirkan kesan-kesan nya terhadap rakan yutaka itu. Daripada kisah ini, sebenarnya yutaka dapat mengambil sedikit pengajaran iaitu di dalam setiap urusan, kita mestilah perlu bertolak ansur, tidak perlu terlalu poyo kerana kononnya mengikut peraturan. Jika ada satu dua perkara yang remeh temeh, tidak perlulah melenting memarahi. Ringan-ringankan tangan untuk membantu orang lain.

Penggunaan bahasa yang baik perlu juga dipraktikkan. Tidak perlu menggunakan kuasa veto untuk tiket memarahi individu lain yang melakukan kesilapan. Jika ada kesilapan, tegurlah secara baik. Orang dewasa paham jika kita menegurnya secara baik. Kalau marah-marah, kelak orang akan membenci dan mendoakan keburukan untuk kita. Bukankah doa rakan-rakan itu makbul? Rezeki boleh tersekat dan bala makin mendekat. 





ADIRA - LARA LAGI



LARA LAGI

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...


Tuesday, December 6, 2011

10 MUHARRAM ADALAH HARI ASYURA


Konbanwa

Salam sejahtera. hari ini adalah 10 Muharram di mana hari ini adalah hari Asyura. Di sunatkan berpuasa dan digalakkan bersedekah pada hari ini. Insya Allah besar ganjaran yang menanti. Bercerita mengenai Hari Asyura, yutaka sebenarnya kurang arif mengenai hal di sebalik pada Hari Asyura ini. Tetapi setelah mencari di internet, barulah yutaka tahu serba sedikit mengenainya.


mari kita lihat, banyak kisah yang berlaku pada 10 Muharram :

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat

3. Pada 10 Muharam, berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini yang selamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang ingkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampuninya pada 10 Muharam.


6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah mengganti Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa dari kekejaman kaum Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mukjizat tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) Allah s.w.t. tak akan memberi kepadanya pahala 10.000 malaikat.Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka akan diberi pahala 10.000 orang berhaji dan umrah dan 10.000 orang mati syahid.Sesiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah s.w.t. akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura maka seolah-olah ia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah s.a.w. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Mengikut pembacaan yutaka, yutaka akan ingin berkongsi mengenai begitu besarnya keberkatan bersedekah. Pada 10 Muharram, ada seorang kafir telah bersedekah dengan hati yang ikhlas. Allah telah memberikan syurga sebagai tempat orang kafir tersebut di alam sana. Di sini, dapat dilihat betapa besarnya ganjaran pada mereka yang bersedekah pada hari Asyura. Insya Allah.


credit to wyna95

Thursday, December 1, 2011

BILA ENGGANG MENCARI SI PIPIT



Konbanwa

Apa khabar semua? Tiba-tiba hendak mencoretkan sesuatu mengenai cerita burung² ini. Tetapi jangan kecilkan skop itu ye. Kali ini yutaka hendak menceritakan mengenai burung enggang tidak boleh seiring berterbangan dengan si pipit. Bunyi cam biasa je tajuknya, tetapi yutaka mengubah jalan ceritanya ya. Cerita ini yutaka dapatkan daripada seorang rakan yang boleh dikongsi bersama.

Apabila si LELAKI terpikat akan si WANITA itu, maka berdetiklah hatinya ingin menjadikan si WANITA itu sebagai kekasihnya. Lebih parah lagi sekiranya, si LELAKI ingin melamar si WANITA lantaran cintanya semakin menebal. si LELAKI mengambil langkah permulaan iaitu cuba menghulurkan salam perkenalan. Menggunakan orang tengah dinyatakan hasrat di hati.



si LELAKI begitu sabar menanti untuk berkawan dengan si WANITA yang digilai. Orang kata apa, kenal hati budi. Tanpa sebarang ihsan, lamaran untuk berkawan tidak diendahkan. Begitu angkuhnya si WANITA itu untuk tidak sudi berkawan dengan si LELAKI itu. Sombongnya menjadi wanita yang punya paras rupa. Untuk info, si WANITA berkenaan masih lagi solo ketika itu. Jadi tidak salah sekiranya si LELAKI itu cuba untuk menghulurkan salam perkenalan yang ikhlas.

orang tengah tidak mampu berbuat apa walaupun merasakan si LELAKI itu calon yang sesuai untuk mengubati luka ditinggalkan kekasih. si LELAKI membawa hati yang lara, Tetapi dengan kuasa ALLAH, si WANITA yang sombong itu datang ke pejabat si LELAKI itu untuk membuat sesuatu urusan. terpinga-pinga untuk mencari seseorang untuk membantunya. hanya ada si LELAKI yang dulunya pernah dihancurkan hatinya. si LELAKI tinggalkan si WANITA itu terus terpinga-pinga. 

Daripada kisah benar di atas,  usah menjadi si ENGGANG yang begitu sombong dengan si PIPIT. takut nanti bila tersungkur ke bumi, terhegeh² mencari si PIPIT yang pernah di "hina" nya dahulu. tapi percayalah apabila si ENGGANG tersungkur, si PIPIT tak kan bersimpati untuk membantunya. hidup di dunia tidak perlu sombong kerana sombong itu tidak boleh bawa ke mana-mana.  






Sunday, November 27, 2011

WANITA BEKERJAYA LEBIH SELEKTIF


Konbanwa

Hari ini yutaka terfikir mengenai mengapakah wanita bekerja lebih selektif di dalam memilih jodoh. Kebanyakkan wanita bekerjaya ini mempunyai keyakinan diri, berani, anggun dan EGO. Wanita bekerjaya memang sangat selektif di dalam memilih pasangan hidupnya. Mungkin sebab itu ramai wanita yang bekerjaya di luar sana masih lagi bujang dan hidup sendirian.

Mengapa mereka selektif di dalam soal ini? Yang paling utama adalah kerana mereka mahukan seorang suami yang sama taraf ekonominya atau lebih tinggi. Faktor ini sering menjerat mereka sehingga mereka membujang sampai ke tua. Bagi mereka, duit mereka milik mereka. tidak boleh dikongsi². Sekiranya mereka memilih suami yang biasa² sahaja, takut hidup nya melarat. Persoalan yang sering bermain di minda " bolehkah aku hidup dengan lelaki yang biasa² sahaja? "



Yutaka pernah berkawan dengan beberapa wanita bekerjaya di mana semuanya menemui jalan penamat. Mengapakah semuanya berakhir? Kerana yutaka hanya lah lelaki biasa. Faktor pekerjaan sering menjadi pra syarat untuk ke peringkat seterusnya. Orang tidak sudi, jadi pandai² la bawak diri. Tetapi yutaka tidak salahkan mereka, kerana mereka berhak untuk mendapat ciri idaman mereka.

Lelaki akan memilih ciri wanita biasa sebagai isterinya berbanding wanita. Wanita lebih suka memilih lelaki luar biasa untuk dijadikan suaminya. Jikalau tidak jumpa, wanita lebih suka membujang sampai bila-bila. Mungkin bagi mereka, duit boleh membeli segalanya. Apa yang pasti, apabila mereka terlalu selektif, takut di usia tua mereka, mereka akan sunyi tanpa peneman dan anak-anak di sisi. 




Tuesday, November 22, 2011

KENAPA YUTAKA SENYUM?


Konbanwa

Di awal pagi sabtu, tetiba sahaja mahu mencoretkan sesuatu di dalam blog kesayangan patik ini. Kali ini yutaka akan menerangkan kenapa yutaka selalu tersenyum apabila bersua dengan orang lain. Sudah semestinya kerana yutaka mahu lebih muda daripada biasa. atau lebih senang dikatakan awet muda. banyak rahsia di sebalik senyuman ini. mari kita menyusuri rahsia senyuman ini 


RAHSIA PERTAMA - STRESS

Percaya atau tidak, apabila kita merasa tertekan, ubat paling mujarab adalah dengan melemparkan senyuman. Tetapi amat susah hendak berbuat demikian kerana apabila kita berada dalam keadaan stress, wajah berkerut seribu sering sahaja diberikan secara tidak sengaja. Jikalau terlalu berkerut seribu, takut nanti wajah kita akan lebih cepat penuaannya di bahagian kulit wajah.

RAHSIA KEDUA - SISTEM IMUNISASI

Manusia ada sistem imunisasi nya yang tersendiri. Makanya menurut sumber-sumber kajian, senyuman boleh mengurangkan batuk dan selsema. Perkara ini belum dapat dibuktikan oleh yutaka. Tapi, bila difikirkan kembali, mungkin ada benarnya kerana setakat ini batuk dan selsema jarang sekali yutaka hidapi. betul lah orang kata, jangan terlalu bersedih sangat kerana dengan kesedihan akan membuatkan kita jatuh sakit. senyuman adalah simbol keriangan, maka nya ianya akan membuatkan kamu lebih sihat. 


RAHSIA KETIGA - TERTARIK

Senyuman manis dapat mencairkan hati yang melihatnya. Sesungguhnya manusia dikurniakan urat senyum untuk disedekahkan dengan cara melemparkan senyuman. Tidak kira cantik atau sebaliknya, senyuman manusia memang sangat manis. Itulah kuasa Allah kepada setiap hambaNya. Senyuman manis dapat membuatkan orang lain tertarik dengan kita. Tetapi yutaka lebih suka melemparkan senyuman paling manis kepada gadis-gadis.. haha. jangan cemburu ya.. 

RAHSIA KEEMPAT - AWET MUDA

Rahsia ini memang yutaka tahu. Betulkah awet muda? Tidak percaya? Apabila kita tersenyum kita akan menggerakkan otot-otot muka kita. Jadi, bila otot muka sudah gerak, kulit diluar pasti akan menegang dan akan proses penuaan akan dapat dilambatkan secara semulajadi. Ini adalah alternatif lain selain daripada memakai maskara-maskara di wajah. Biar muda secara semulajadi kerana ianya lahir daripada hati yang gembira dan ikhlas.

Sudah nampak kenapa yutaka kelihatan lebih muda daripada biasa? haha.. mood : perasan kerana memuji diri sendiri. sebab : sapa lagi nk puji, kalau bukan diri sendiri. ekekeke. senyumlah selagi boleh. senyuman yang manis kalau disimpan memang merugikan. senyuman itu ubat segala penyakit.




Tuesday, November 8, 2011

USIA MATANG TETAPI TIDAK KAHWIN



Konbanwa

Hari ini yutaka ingin menceritakan situasi apabila mencapai usia matang tetapi belum berkahwin atau dikenali sebagai bujang terlajak atau anak dara tua. Usia matang merupakan usia di dalam lingkungan 33 tahun ke atas. Usia ini adalah usia di mana seseorang itu memiliki pemikiran yang matang, emosi yang stabil, dan keperluan hariannya yang lengkap.tetapi bagaimana sekiranya usia matang tetapi belum berkahwin?

Usia matang tidak kira lelaki atau wanita akan menjadikan mereka lebih selektif di dalam memilih jodoh mereka. Mereka mahukan seorang peneman hidup yang sangat sempurna tanpa cacat cela. Sekiranya mereka mendapati calon yang ada tidak memenuhi setiap krtiteria yang telah digariskan, makanya calon itu akan ditolak tanpa belas kasihan. Tidakkah mereka sedar, manusia itu tidak sempurna. Yang menjadikan mereka sempurna adalah pasangan masing-masing.


Usia matang juga akan menjadikan seseorang itu lebih kemering @ kerek @ cepat naik angin @ tidak sensitif terhadap situasi dan perasaan rakan sekerja nya. Mungkin tidak semua akan bersikap demikian tetapi begitulah situasinya apabila dalam usia matang itu mereka tidak merasa alam rumahtangga. Setiap yang pernah berumahtangga pastinya tahu erti bertolak ansur dan bertimbang rasa. Contohnya, bertolak ansur dengan sikap pasangan dan anak². Bagi mereka yang tidak pernah merasa alam rumahtangga, mereka seakan sukar hendak berbuat demikian apabila berhadapan dengan situasi tegang.

Kematangan tanpa rumahtangga juga akan menjadikan mereka lebih berkira tentang wang mereka. Mungkin kerana mereka takut hendak "menderma" tanpa sebarang alasan. lagi-lagi apabila ada orang yang meminta duit raya. Mungkin bagi mereka dengan "menderma" akan mengakibatkan mereka fakir tidak berharta. Takut harta yang penat dikumpul terkikis dan terhakis tanpa disedari. Yelah kan, takut nanti dah tua, siapa hendak memberi bantuan sekiranya duit habis atau tinggal sedikit.

Begitulah situasi apabila seseorang yang masih tak berkesempatan mendirikan rumahtangga sehingga melepasi usia kematangan. Harapnya mereka tidak belum menemui jodohnya dipercepatkan jodohnya kerana setiap insan pastinya berpasangan. Angin orang yang belum berkahwin lagi tsunami daripada yang sudah berkahwin. baik jangan dekat..siapkan kaki untuk lari ye.. hehe