Monday, May 30, 2011

SAYA MAHU TUTUP AKAUN FACEBOOK


Konbanwa

Facebook merupakan laman sosial yang begitu popular pada saat ini. Ke mana sahaja kita pergi, kita pastinya tidak akan lupa untuk membuka akaun facebook kita. Begitu hebatnya laman sosial itu kerana seolah - olah laman sosial itu sudah sebati dalam diri kita.


Sebenarnya facebook ini banyak memberi kesan kepada yutaka. tetapi yutaka ambil ianya dari sudut positif sahaja. mana yang negatif yutaka buang di laut china selatan. hehe. Sebenarnya yutaka sangat takut dengan kesan negatif facebook ini. terutama apabila mendengar mengenai sang suami sibuk menggatal dengan gadis alam maya sedangkan tanggungjawab terhadap keluarganya terabai. Si isteri pula terangau seketika apabila terjumpa dengan bekas kekasihnya dahulu di laman sosial itu.

Mungkin akan ada yang bersuara. " jangan gelabah sangat, relaks la bro " Bukan gelabah cuma berhati-hati. Sebolehnya selepas yutaka mendirikan rumahtangga, yutaka mungkin akan berkongsi akaun dengan si isteri tercinta. berkongsi akaun bermakna password diketahui bersama. Ini dapat mengelakkan segala gejala yang tidak diingini berlaku di dalam alam rumahtangga. Mungkin selepas itu, yutaka akan aktif dengan dunia blogging dan novelis. yeay..

Mungkin persepsi kalian berbeza dengan yutaka, yutaka tidak kisah. Sebab masing-masing punya pendapat dan pandangan. Yutaka cuma terfikir untuk lebih berhati-hati dan lebih meluangkan masa kepada keluarga selepas yutaka berkahwin kelak. ehehehe (mood : gatal)


Thursday, May 12, 2011

SAYA SUNGGUH MEMILIH


Konbanwa

Apa khabar semua? Post ini dibuat setelah yutaka di "sergah" oleh adik angkat yutaka yang mahukan entry baru untuk dibaca.. hehe.. Nasib baik ada idea untuk mencoretkan sesuatu. Entry baru ini adalah berkenaan dengan dunia pekerjaan yutaka sekarang ini. Untuk peringatan kembali, yutaka baru sahaja bertukar opis. Sesungguhnya yutaka sangat suka dengan persekitaran opis baru ini. Konsepnya mudah, kita takkan diganggu jika kita tidak mengganggu. senang bukan? ikatan kekeluargaan sangat akrab.

Suatu hari ada angin gosip bersepoi2 meniup ke telinga yutaka ini. Yang seronoknya, gosip itu adalah berkenaan dengan diri yutaka sendiri. Intipadinya adalah YUTAKA MEMILIH KERJA !! maka bertanya lah yutaka mengenai maksud memilih kerja itu. Setelah difahami yutaka ada sedikit kesal kerana yang menyampaikan itu adalah rakan sepejabat yutaka sendiri. Ya Allah, jauhnya berita itu berjalan kerana yang meniup itu adalah rakan yutaka yang berlainan opis.


Maka nya yutaka pun menjawab secara kiasan sahaja. Bukan apa, yutaka malas lah hendak menceritakan kisah sebenar mengenainya.Bukan takut untuk mengamuk satu kampung, tapi untuk kali ini yutaka mengambil pendekatan bersabar. Seperti kata rakan yutaka, kita tidak mampu memuaskan semua orang. Biarlah apa yang orang hendak kata, yang penting kita tahu siapa diri kita sebenarnya. Yutaka sudah biasa dengan CEMUHAN BELAKANG, so setakat ni masih boleh bersabar. 

Pembaca sudah nampak tak sesuatu di sebalik kisah kesabaran yutaka ini? Tidak nampak? Sedar atau tidak, pengalaman mengajar yutaka supaya tidak cepat melatah. Ternyata anak muda ini sudah matang di dalam menjalani kehidupan sehariannya. (mood: memuji diri sendiri.. hehehe) Tuhan itu Maha Adil, maka biarlah Allah yang membalasnya. Kerana yutaka tidak berhak untuk menghakimi pembuat dosa kering itu. peace no war. Sharing is Caring..



Thursday, April 28, 2011

ENCIK NOR ALAM IS DE BEST


Konbanwa

Mulai 13 May 2011, yutaka akan kehilangan seorang penyelia yang paling stylo di muka bumi ini. Yutaka mengenali ketua bahagian ini di opis yang baru. Walaupun hanya lima bulan sahaja dapat mengenali beliau, yutaka berasa sangat beruntung kerana dapat bekerja bersama-sama dengan beliau. 


Dahulunya yutaka sangat berbangga dapat bekerja bersama-sama dengan Madam Mumu di opis lama. Dan di opis yang baru, yutaka ditemukan dengan penyelia yang bagus juga yang bernama Encik Nor Alam. Kenapa yutaka kata Encik Nor Alam bagus?

a) beliau merupakan peyelia yang memahami dan mengambil tindakan bila mana seseorang pekerja menghadapi masalah kerja
b) beliau juga mengambil berat tentang kebajikan anak buahnya di mana setiap yang hak akan diperjuangkan semampu yang boleh
c) Beliau juga seorang pendengar yang baik di mana masalah peribadi pun boleh dikongsi bersama.
d) beliau seorang yang tegas tetapi penuh dengan timbang rasa di dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang penyelia
e) beliau segak di dalam pemakaian baju ke pejabat. memang sentiasa kemas sepanjang hari.

Susah bukan hendak menjadi seorang ketua seperti ciri di atas. Kerana tidak semua ketua dapat mesra seikhlas Encik Nor Alam. Semoga beliau sentiasa dirahmati oleh Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik. Jika ada umur yang panjang, yutaka ingin bekerja bersama-sama lagi dengan penyelia seperti Encik Nor Alam. Amin3x.


ketua pekerja yang lain jangan ambil hati ye
kena terima hakikat bahawa Encik Nor Alam is de best

BOZU-SAN, ARIGATO


Konbanwa

Hari ini merupakan hari yang sangat best bagi yutaka. Sebab masalah kerja yutaka diberi perhatian oleh rakan yutaka bernama Cik Bozu yang comel. Serius .. die memang comel di mata yutaka. (kalau dia dengar, mesti kembang telinganya menahan malu bila dipuji sebegitu ) haha


Jika hendak diikutkan, yutaka ada sedikit jauh hati dengan perilaku seseorang, tapi yutaka malas hendak melayan emosi jauh hati yutaka itu. Perkara kecil malas la hendak di fikirkan. Dari fikirkan sikap yang menjengkelkan itu, ada baiknya yutaka menghabiskan tulisan novel yutaka.

Cik Bozu begitu simpati dengan nasib yutaka, di mana baginya yutaka telah dianiaya. Yutaka bukan tidak mahu membalasnya, tetapi biarlah Allah yang membalasnya. Seringkali cik Bozu meminta yutaka bersabar dan terus bersabar. Terharu rasanya bila ada orang begitu mengambil berat bila diri di "aiaya". jangan risau yutaka. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.

di sini, dengan rasa terharunya yutaka ingin mengucapkan 

TERIMA KASIH cik Bozu


teringat kata el-yan 
" ko ni tak abes-abes ada masalah, kan "

Tuesday, April 12, 2011

MERENDAH DIRI vs SEDAR DIRI


Konbanwa

pekaba semua? Baru-baru ini yutaka ada berborak kosong dengan rakan facebook yutaka mengenai jodoh. mesti bosan kan bila si bujang @ dara menceritakan mengenai ketaksampaian jodoh mereka. So yutaka mintaklah dikenalkan dengan adik beliau.

tetapi rakan yutaka ini ingin memperkenalkan yutaka dengan adik iparnya.Wah.. teruja sesangat.. ( hendak wat camne, urat gatai memang sudah semakin banyak tumbuh.. hehe ) Adik ipar rakan yutaka ingin merupakan seorang doktor. Terkesima seketika yutaka apabila rakan yutaka ingin memperkenalkan yutaka dengan seorang doktor. 

Yutaka dengan terus terang mengatakan jurang pekerjaan antara yutaka dengan adik iparnya terlalu jauh. umpama langit dengan bumi. Rakan yutaka berpesan janganlah merendah diri sangat. Sekarang jodoh tidak mengira pangkat ataupun pekerjaan. Sebenarnya yutaka bukan lah MERENDAH DIRI tetapi SEDAR DIRI. Ya.. yutaka kena la ukur baju di badan sendiri. 


Dahulunya yutaka pernah terpukul dengan isu pekerjaan ini di mana yutaka pernah dibuang hanya kerana tidak sekufu dari segi pekerjaan. Yutaka pernah berkawan dengan seseorang yang mempunyai kerjaya yang bagus. Mungkin pada matanya, hubungan yang terjalin tidak ke mana kerana yutaka tidak sekufu dari segi pendidikan dan kerjaya. Seperti kata-kata orang tua " takkan hendak bagi makan pasir kot ". 

Yutaka teringat satu kisah di mana yutaka mahu berkawan dengan seorang wanita yang berkerjaya. Walaupun status pendidikan kami sama, tetapi disebabkan gaji yang diterima oleh yutaka tidak sebesar istana, pelawaan berkawan itu ditolak dengan egonya. Seperti kata rakan yutaka, biar belaja tak pandai asalkan gaji bagus dan besar.

Makanya, apabila hendak dikenalkan dengan seorang doktor, perkataan serik sudah sebati dalam jiwa yutaka. Bukan tidak yakin tetapi yutaka kena sedar diri jurang pekerjaan kami berdua terlalu jauh. Cukuplah sudah yutaka DIHINA dek isu pekerjaan ini.  tetapi sekiranya sudah jodoh yutaka dengan wanita yang bekerjaya tinggi, yutaka tidak akan menolak. Itu pun sekiranya yutaka dapat diterima seadanya dan tidak dihina hanya kerana tidak mempunyai pekerjaan yang setara.




Wednesday, April 6, 2011

JAGAILAH IBUBAPAMU SEBELUM TERLAMBAT


Konbanwa

hai semua.. hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai keperluan menjaga ibu bapa berbanding dengan orang lain. Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada anak-anaknya. Tidak ada seorang pon di kalangan ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya menderita. Tetapi bagaimana pula peranan yang perlu dimainkan oleh sang anak, sedangkan ibu bapa mereka sudah menjalankan peranan mereka dengan sebaiknya.

Anak-anak dimestikan untuk menjaga ibu bapanya walaupun ibu bapa mereka tidak sempurna. Ya.. mungkin ada ibu bapa yang tidak mampu menyempurnakan kehendak anak-anaknya kerana kekangan wang, masa dan ilmu. Tapi, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menjaga ibu bapa.  Sejahat atau sebaik manapun ibu bapa, mereka tetap perlu dijaga dan dihormati


Menjaga ibu bapa yang yutaka maksudkan adalah menjaga perasaan mereka, menjaga sakit pening mereka, dan menjaga maruah mereka. Anak-anak kadangkala suka memberontak apabila kehendak mereka dirantai oleh ibu bapanya. Ada yang sanggup melawan dengan kata-kata dan perilaku apabila kehendak mereka tidak dituruti. Tetapi tidak kah anak-anak terfikir, mengapa ibu bapa mereka melarang anaknya menyempurnakan kehendak mereka? Tentunya kerana sayang. Sayang sekiranya anak-anaknya dimudaratkan oleh kehendak anaknya itu.

Menjaga sakit pening ibu bapa merupakan satu perkara yang sukar dilakukan oleh sang anak. Jika yang di perantauan, mereka tidak terlepas untuk menjalankan peranan ini. Jika tidak dapat menjaga dengan mata kepala, eloklah dijaga dengan bertanya khabar dan melawat sekiranya ada kelapangan. Anak-anak yang dekat pula, adalah tidak patut sekiranya mereka tidak mempedulikan sakit pening orang tua nya. Ibu bapa bukan hendak duit berjuta, cukuplah sekadar menjaga sakit pening mereka di hari tua.


Menjaga maruah ibu bapa juga adalah perkara terutama sekali untuk dilaksanakan. Cubalah menjadi anak yang pandai menjaga air muka ibu bapa nya dengan tidak melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang, agama dan tatasusila manusia. Biarlah tidak bijak dari segi pelajaran asalkan bijak di dalam menjaga maruah ibu bapa mereka. tetapi sekiranya anak-anak bijak di dalam pelajaran dan ditambah dengan perilaku yang terpuji, sudah tentu ibu bapa mereka tersenyum bangga.

Satu hal yang mungkin sering anak-anak lupa iaitu lalai di dalam menjaga ibu bapa mereka. Mereka sibuk untuk mencari keseronokan dunia tanpa menghiraukan penjagaan ibu bapa nya di rumah. Selagi ibu bapa anda semua ada, jagailah mereka sebaik mungkin. Jangan sesekali melukakan hati ibu bapa kita, kerana takut tidak sempat untuk mengucup tangan dan melafazkan maaf kepada mereka.

Sunday, March 27, 2011

BILA SAYA MENJADI BOS..


Konbanwa

Hai semua.. Sudah lama rasanya tidak ber blog nih.. rindu nya.. Kali ini yutaka hendak membawakan satu penceritaan mengenai masa depan.. 

JIKALAU YUTAKA MENJADI BOS, APAKAH YANG AKAN TERJADI?

Setiap orang mengimpikan untuk menjadi seorang bos di dalam kerjayanya.. begitu juga yutaka.. Terkadang terfikir untuk menjadi bos. Tapi bila fikir kembali, bagaimana tingkahnya yutaka apabila menjadi seorang bos di dalam sebuah organisasi? Persoalan yang bermain di kotak minda, jika yutaka menjadi bos

a) adakah yutaka akan menjadi seorang bos yang sombong ?
b) adakah yutaka akan menjadi bos yang serius tanpa humor?
c) adakah yutaka akan lupa kawan lain yang dulunya sangat akrab? 
d) adakah yutaka akan menjadi bos yang sangat tegas dalam kerjanya?
e) adakah yutaka tidak akan menegur rakan-rakan lama apabila bersua?


Ramai rakan yutaka selalu berpesan, jika suatu hari yutaka menjadi bos, jadilah bos yang tidak sombong. Jadilah bos yang tidak lupa asal usul di mana berjalan biarlah berpijak di bumi nyata. Jika berjumpa, bertegur sapa, jangan buat-buat tak kenal jika sudah berada di atas nanti. yang selalu berpesan kepada yutaka adalah Encik Jelani aka abang jai Terima kasih kepada beliau.

Rakan sepejabat yutaka juga pernah berkata, beliau agak kesal dengan sikap kacang lupakan kulit seorang bos muda. Bos muda ini dahulunya pernah bersama-sama bekerja dengan beliau ketika jawatannya bukan bos. Cukup akrab, bersukan bersama, gelak tawa bersama. Jadi yutaka pun mengambil iktibar dengan kisah itu. Walau setinggi mana pun jawatan kita, jangan "dihina" jawatan bawahan.

Ada juga rakan sepejabat merungut mengenai tegasnya bosnya tidak bertempat. itu tidak boleh,. ini tidak boleh. Tiada tolak ansur, dan kadangkala orang naik takut dengan bosnya itu. Kadangkala perlu juga bertolak ansur, sebab mana tau esok lusa bahagian kita pula. Bukannya apa, takut nanti orang bawahan akan mendoakan kesengsaraan kepada bosnya.. nanti sapa susah, bosnya dan familinya juga yang susah.

Menjadi bos bukannya senang. Tapi yutaka begitu kagum dengan mantan bos yutaka HAJI OBET BIN TAWIL yang membawakan ciri kepemimpinan yang positif. Jikalau satu hari yutaka berpeluang menjadi bos, yutaka akan mengambil ciri-ciri kepemimpinan beliau sebagai teladan.


Gambar di atas adalah gambar mantan bos yutaka
Haji Obet Bin Tawil