Saturday, December 11, 2010

MAHU MELIHAT KEPERIBADIAN?


Konbanwa

Ok murid-murid sekalian, hari ini Yutaka sensei ingin menceritakan mengenai keperibadian. Keperibadian merupakan sesuatu nilai dalaman yang sukar dillihat secara langsung. Jika tidak diamati dengan sesungguhnya, sukarlah bagi kita untuk "membaca" nya dengan tepat. Tetapi bolehkah kita melihat keperibadian seseorang? 

Yutaka ada membahaskan isu ini dengan rakan-rakan. Statement yutaka berbunyi 

Keperibadian seseorang itu boleh dilihat melalui butir bicaranya dan penzahiran katanya di dalam laman sosial seperti Facebook, Myspace dan lain-lain. 


Pelbagai reaksi berbeza telah diterima. Tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan penyataan yutaka itu. Ada yang berkata : Kita tidak boleh menilai seseorang itu melalui penulisannya. Mungkin apa yang ditulis berbeza dengan keperibadiannya itu. Ada juga yang berkata : jika hendak mengenali keperibadian seseorang itu, maka hendaklah kita mengenali hati budinya terlebih dahulu. Dan ada juga yang berkata : mungkin seseorang itu di kala itu sedang menghadapi masalah di mana di kala itu ketegangan itu menyebabkan terzahirnya kata-kata yang kurang enak di dengar.

Maklumbalas yang diterima memang tidak yutaka nafikan ada kebenarannya. Tetapi setelah diteliti pro dan kontra, yutaka masih percaya dengan statement yutaka itu. Tidak semua tapi secara keseluruhannya adalah sebegitu. Penggunaan kata-kata yang tidak elok didengar merupakan cerminan diri secara tidak langsung. 

Mungkin orang berkata, mulut lain hati lain. Adakah orang yang berhati mulia akan menjatuhkan maruah dirinya dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar? Yutaka rasa tidak mungkin hal ini akan terjadi. Adakah kita hendak dilabelkan negatif dengan sewenang-wenangnya oleh orang lain. Maka di sini, faktor hati dan niat memainkan peranan. Dari niat maka terzahirnya kata-kata bicara.


Berkenaan dengan penggunaan kata-kata yang tidak elok di kala stress, yutaka rasa manusia tidak terlepas dari berbuat demikian. Ketegangan akan membuatkan hormon-hormon di dalam badan kita menjadi tidak stabil. Ini akan menyebabkan kita secara tidak sedar berkelakuan tidak sewajarnya. Persoalan yang timbul di sini, adakah perlu selalu mengeluarkan kata-kata nista setiap kali kita stress? Tidak perlu mengeluarkan kata-kata nista yang tidak sedap didengar. cukuplah menggunakan ayat-ayat yang berlapik tetapi mendalam maknanya.

Akhir sekali, jangan lah kita menggunakan bahasa yang tidak sopan didengar. Ini kerana BAHASA JIWA BANGSA. rosak jiwa akan merosakkan bahasa. Gunakanlah bahasa Melayu dengan sebaiknya kerana bahasa Melayu itu indah.



Monday, October 4, 2010

ADAKAH DIA PISAU CUKUR?


Konbanwa

Hari ini yutaka berkesempatan untuk menulis sesuatu di dalam blog kesayangan yutaka ini. Rindu sangat hendak menulis blog. Selama ketiadaan post baru ini, yutaka sebenarnya sibuk di dalam menyiapkan sebuah novel. Makanya, kerana komitmen yang tinggi menyebabkan blog ini seakan dipandang sepi. Maaf ya blog. Yutaka tetap sayang kamu wahai blog.

Yutaka tiba-tiba teringat akan satu kisah mengenai seorang wanita yang orang gelarkannya PISAU CUKUR. Dahulu yutaka pernah mengenali seorang wanita melalui laman sosial yang yutaka boleh kategorikan sebagai wanita yang berwajah manis. Dengan bermula dengan Add As Fren sehingga kepada chatting menyebabkan perhubungan itu makin mesra. Orang kata chatting lagi mesra daripada berjumpa. Itu memang yutaka akuinya.. hehe..

kerana kemesraan itu menyebabkan wanita ini mahu berjumpa. Alamaks.. macam mana ni yek? Semalaman yutaka tak boleh tido. Blind date ni. Fikiran ini dok pening memikirkan perjalanan Blind Date itu. Sebelum itu, wanita itu menetapkan syarat. Jika tidak tepati syarat, markah akan ditolak. Syarat² itu adalah :

- Kena belikan coklat mahal. Tekak tak biasa dengan coklat² tempatan
- Kena ambil di rumahnya dengan kenderaan besar. Tak mahu kereta kancil katanya. 
- Kena berpakaian smart² dan stylo². Tak mau biasa².
- Makan kena tempat yang menarik. Tak mau kedai mamak, or kedai tepi jalan.


Wah, susah jugak hendak memenuhi syarat tuk blind date. Coklat tu xde hal. beli la kat memana kan. Bab baju tu pon ok, sebab yutaka ada simpanan baju2 tuk photoshoot. Kira boleh dikategorikan stylo la jugak kan. Makan tu yang pening, nak pergi mana ye? Tak mahu kedai mamak or restoran biasa. Yutaka pun bukan biasa makan tempat mahal². Maklumlah yutaka pon bukan orang berada. Kereta pun satu masalah, mahu kereta besar eh? Hurm.. bagaimana yek.. kereta yutaka xbesar mana.. tapi ok la kot. 

Perjumpaan berjalan dengan lancar. Makanya, yutaka pun boleh kembali tenang tidur selepas itu. Rasanya perjumpaan itu berjaya kot. Berjaya di mana yutaka mungkin dapat markah penuh.. Sebab syarat telah dipenuhi kan. So, yutaka diajak lagi untuk berjumpa di mana yutaka kena belanja dia lagi. Bukan berkira soal wang, tapi kena juga lah tengok keadaan dompet.  Setiap kali jumpa, yutaka kena mengeluarkan sejumlah wang yang banyak hanya semata-mata tuk MAKAN !! Pulak tu, bukan ada ikatan apa-apa pon kan. Hanya sebagai rakan sahaja.

Orang kata biar papa asal bergaya. Oh Tidak !! Yutaka tidak mahu papa hanya semata-mata tuk kelihatan kaya di depan wanita. Yutaka kena ukur baju di badan sendiri. Yutaka tidak mahu mengulangi kesilapan rakan yutaka yang sibuk belanja kekasihnya sehingga duit kereta pon miss. Jikalau ada ikatan yang sah, lainlah situasinya. Setelah memikirkan pro dan kontra, nampak gayanya kena lah ca alip bot. Rakan yutaka kata, yutaka tersalah jumpa kawan. Tugas kawan adalah membantu bukan melingkupkan kawannya.

Buat rakan-rakan, boleh jika hendak belanja rakan lain. Tapi berpada-padalah. Asyik kita je yang keluar duit, mana leh tahan kan. Gunung pon boleh botak jika asyik kena toreh je. Kena fikir diri sendiri sebelum memikirkan diri orang lain. Jauhi diri anda daripada PISAU CUKUR !!



Tuesday, September 7, 2010

JANGAN GANGGU KAWANKU



Konbanwa



Selamat sejahtera atas kamu wahai pembaca sekalian. Kali ini yutaka hendak berkongsi mengenai kisah kawan. Kawan merupakan antara orang yang terapat selain daripada ahli keluarga kita. Berbagai jenis kawan yang boleh kita jumpa, samada ianya baik atau sebaliknya.

Kawan yang baik sentiasa menjadi tulang belakang kawan yang lain. Kawan yang baik boleh diumpamakan seperti cubit peha kanan, peha kiri pun merasai kesakitannya. Untuk menjumpai kawan yang baik sangat susah. Kenapa yutaka berkata begitu? Kawan yang baik bukan sekadar menyokong kawannya yang lain tetapi menegur kesilapan kawannya jika tersilap langkah. Sikap menegur kesilapan dan penerimaan di dalam menerima teguran memang sukar dilakukan. Jadi adakah kita kawan yang baik sekiranya tidak ada sikap menegur dan menerima teguran?

Kita ambil satu situasi ya. Ali (bukan nama sebenar) berkawan rapat dengan Abu (bukan nama sebenar). Suatu hari ada satu salah paham berlaku di antara Abu dan Amin (bukan nama sebenar). Sebagai seorang kawan, Ali turut terlibat secara tak langsung dengan krisis itu, maklumlah kawan baik. Abu akan cuba memburukkan Amin bertong-tong kepada Ali. Ali yang tidak tahu hujung pangkal mempercayai kata-kata Abu. Jadinya di sini Abu cuba mempengaruhi Ali untuk berpihak kepadanya.

Cuba kita perhatikan situasi di atas, Ali memang kawan yang baik kerana sentiasa berada di sisi Abu di kala susah. Yutaka tertanya adakah Ali ada terfikir mengapa Abu dan Amin bergaduh? Ali hanya disogokkan dengan kisah sebelah pihak iaitu kisah Abu. Bagaimana pula bagi pihak Amin? Pastinya tidak ada.Ini kerana setiap hari Ali disogokkan dengan kisah sakitnya hati Abu kepada perbuatan Amin.

Itu adalah realiti kehidupan. yutaka pun sebegitu pada mulanya di mana yutaka marah sekiranya kawan yutaka diganggu. Semua pancaindera tertutup kerana yutaka disogokkan mengenai ketidakpuasan hati kawan yutaka. Setelah meneliti mengapa kawan yutaka diganggu, yutaka terperasan yang kawan yutaka pun turut bersalah. Jadi sebagai kawan yang baik, yutaka akan cuba menasihati kawan baik yutaka supaya memperbaiki segala yang salah itu.


Kesimpulannya, jadilah kawan yang baik. Jangan terlalu menghukum seseorang sekiranya berlaku sesuatu yang kita tak pasti akan jalan ceritanya. Bukalah pintu hati di dalam menerima sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku



Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN IBU


Konbanwa

Tanggal 31 Ogos 2010 merupakan hari kemerdekaan negara Malaysia. Di hari itu, yutaka berkesempatan untuk mewakili jabatan yutaka menghadiri majlis perhimpunan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri di Kluang, Johor. Tetapi tuk post kali ini, yutaka tidak mahu menceritakan mengenai merdeka, tetapi mengenai ibu yutaka yang menyambut hari ulangtahun kelahirannya pada hari ini.

Yutaka sangat berbangga mempunyai seorang ibu yang lahir ke bumi sama dengan tarikh negara Malaysia mencapai kemerdekaan. Ibu yutaka memang sangat istimewa bagi yutaka kerana selain bapa yutaka, ibu yutaka telah memberikan penghidupan kepada yutaka di dunia ini. Yutaka pernah berkata dengan teman rapat tp mesra yutaka bahawa orang yang terpenting dalam dunia ini adalah ibu dan bapa dan bukannya dia.


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN 

itulah ucapan yang yutaka berikan kepada ibu yutaka. Yutaka sentiasa mendoakan agar ibu yutaka diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur tuk yutaka membalas jasanya sebanyak yang mungkin, dikurniakan keluarga  dan rumahtangga yang bahagia. 

Sebenarnya banyak perancangan telah dirancang tuk membahagiakan ibu yutaka. Di antaranya adalah hendak memberikan seorang menantu yang baik dan cucu yang soleh. Tetapi perancangan itu belum tertunai lagi kerana anaknya ini masih belum menemui seorang gadis yang sangat sesuai tuk dijadikan isteri. Ada juga ditanyakan hal ini, tetapi yutaka hanya berserah kepada Allah. Tidak mahu tergesa-gesa untuk mencari pasangan hidup walaupun sudah berkali-kali cinta ini tidak kesampaian.. hehe.. 

Sebelum yutaka menokhtahkan post ini, yutaka ini menyatakan di sini bahawa yutaka sangat sayang kepada ibu yutaka sampai bila-bila. Yutaka akan cuba penuhi impian ibu yutaka secepat yang mungkin. Moga hasrat yutaka ini akan diberkati dah dirahmati oleh Allah. Amin3x


Friday, August 27, 2010

BAGUS SANGATKAH DIA edisi BERDEBAT


Konbanwa

Berdebat merupakan satu perilaku membicarakan mengenai sesuatu perkara berlandaskan kepada idealogi masing-masing di antara dua orang atau lebih. Perdebatan kadangkala membawa kepada kebaikan di mana diharapkan di akhir perdebatan akan timbul suatu penyelesaian yang konkrit. Yutaka pun suka berdebat, tapi bukanlah pendebat yang hebat.

Kadangkala bila kita melihat orang yang suka berdebat ni, akan timbul satu persoalan bagus sangatkah dia. Berbicara mengalahkan pendebat hebat, bila bicara memang tak mau kalah. Perdebatan ini kadangkala boleh menyebabkan orang tidak senang atau menyampah.


Menyampahnya seseorang itu semakin membara apabila pendebat menyerang idealogi, perihal politik, minat, dan kesukaan seseorang. Kononnya mahu mengubah persepsi atau pemahaman seseorang menyebabkan pendebat secara sombongnya cuba mengubahnya secara under dot. Berdebat dengan cara menyerang idea bukanlah sesuatu yang bagus dilakukan. Ini kerana kita tidak menghormati idea dan pemahaman orang lain.

Ini kerana tidak semua boleh berfikir secara sama dan melalui pengalaman hidup yang sama. Paling sensitif adalah apabila pendebat mendebatkan mengenai parti politik yang dipilih. Dengan mengatakan parti itu salah, tidak betul dan silap membuatkan orang lagi menyampah. Silap-silap boleh membawa pergaduhan dan perang saudara.

Sekiranya kita hendak berdebat sangat, kita boleh jadi peguam. Itu baru professional kerana kita berdebat berdasarkan fakta dan bukti yang nyata. Tetapi jika kita hanya berdebat di kedai kopi dengan berbicara itu ini tanpa bukti yang kukuh boleh menyebabkan kita dibenci atau tidak disenangi oleh orang lain. Jika mahu berdebat sekalipun, kita hendaklah hormati pendapat dan idea orang lain. Kira win-win situation, baru menarik perdebatan itu.




MERENDAH DIRI WALAUPUN TINGGI DARJATNYA


Konbanwa

Menjadi sifat manusia yang suka disanjungi dan meninggi diri. Sikap ini terlahir di atas egonya memiliki sedikit kurniaan Allah samada material atau non-material. Ada salah tanggapan yang menyatakan merendah diri ini tidak perlu. Apa kes mau merendah diri walaupun darjat kita tinggi setinggi awan di langit?

Adakah sikap merendah diri ini dikuasai oleh insan yang berstatus rendah sahaja? Nama pun merendah diri. Pastinya hanya tuk orang yang bersatus rendah. Itu merupakan satu tanggapan yang sangat salah. Kerana siapa kita untuk menilai tahap ketinggian atau kerendahan diri kita dan orang lain. Hanya Allah yang bisa menilainya.


Merendah diri ini bukanlah satu perkara yang hina. Tidak salah jika kita berbuat dan berperilaku begitu, tetapi biarlah bertempat. Jangan asyik merendah diri sahaja, sebab ditakuti sikap itu akan dieksploitasikan oleh insan lain. Lagi-lagi bagi insan yang suka mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan insan lain.

Merendah diri juga bukan menggambarkan kita tidak berkeyakinan di dalam sesuatu perkara. Kita yakin tetapi tidak suka menunjuk², itulah yang disukai oleh Pencipta dan makhluk lain di muka bumi ini. Itu lebih baik daripada kita bercakap besar tetapi habuk pon tiada. Orang kata cakap yeye kelapa, tapi hampas..

Yutaka lebih suka mengambil pendekatan berkata  

“ Jangan lah terlalu memuji, saya hanya manusia biasa sahaja “

Ini bagi mengelakkan yutaka berasa besar diri, berhidung tinggi dan berjalan seperti merak kayangan. Lagipun yutaka sedar yutaka hanya seorang peminjam sahaja. Iaitu peminjam kurniaan Allah tuk seketika sahaja. Sampai masa, di ambil kembali olehNya.


Thursday, August 26, 2010

KERANA MULUT , HATI TERLUKA

Konbanwa
Baru-baru ini yutaka ada bermain laman social Facebook. Memang sudah menjadi hobi, tangan ni memang gatal memberi komen kepada kawan-kawan yang lain. Ada komen berunsur nasihat, sindiran tajam dan ada yang komen bertanyakan khabar. Kira main komen sahaja, entah kenal atau tidak. Yang penting komen.. haha

Baru-baru ini yutaka ada membuat komen ke atas wall rakan sekolah yutaka. Wall rakan tersebut itu ada tertulis mengenai perasaannya yang rindu akan arwah ibu ayahnya yang telah kembali menemui sang Pencipta beberapa tahun yang lalu. Jadinya sebagai seorang yang suka komen, makanya yutaka pon komen sebegeni 
 

“Jadilah anak yang soleh. Insya Allah boleh meringankan seksaan ibu ayah di sana”

Niat yutaka komen itu adalah ikhlas di mana menyeru rakan baik yutaka tuk beramal soleh yang boleh mendoakan kesejahteraan arwah ibu bapanya. Mungkin kerana tersilap melontarkan ayat “meringankan seksaan” menyebabkan rakan yutaka agak marah. Rakan yutaka bertanya bagaimana yutaka tau ibu bapanya terseksa. Mungkin pada tanggapan rakan yutaka, yutaka mengatakan ibu ayahnya banyak melakukan dosa kot di masa lalu.

Itulah saya, manusia yang khilaf dalam berkata-kata walaupun tiada niat tuk melukai hati. Yutaka dengan rendah diri menyatakan maaf kepadanya. Selepas ini yutaka akan lebih berhati-hati dalam memberikan komen. Kerana yutaka tau kata-kata lebih pedih daripada pisau. Moralnya di sini adalah jangan kerana mulut, kita akan dibenci oleh manusia.