Friday, June 18, 2010

MAAFKAN AKU KERANA MEMANDANG SEPI


Konbawa

Setiap manusia punya hak untuk dihargai dan diingati. Jika itu dilakukan, maka hubungan yang terjalin akan terus kekal sampai bila². Bagaimana sekiranya insan yang kita jalinkan sesuatu hubungan itu kita abaikan atau  tidak pedulikan ? Kadangkala kita merasa bahawa insan yang bernama teman itu tidak punya hak untuk berada di satu sudut di ruang hati kita.Tanpa memikirkan bagaimana rasanya ditinggalkan dan dipandang sepi, membuatkan kita semakin alpa dengan dunia kita. Dahulunya dunia kita berseri dengan kehadiran insan yang kita tinggalkan itu. Kini, kita merasai sangat sepi, sunyi dan rindu walaupun kita dikelilingi dengan insan baru.

Kesepian itu mungkin terjadi kerana kita merasai rindunya dengan suasana dahulu. Kita dihargai, diberi perhatian, disayangi dan dihormati. Ketika itu jangan dilagukan baris rangkap lagu DAFI - bila terasa rindu 

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa terdaya ..


Mungkin sesetengah orang berfikiran " takde hal la hilang seorang teman.. bersepah lagi di luar sana ". Memang tak salah sekiranya kita berfikiran sebegitu. Sebab dunia belum kiamat lagi di mana kita boleh mencari sejuta teman walaupun kehilangan seorang teman. Apa la sangat kan, hilang seorang teman. Seperti kata-kata primadona cerita Allahyarham P Ramlee 
" Sekali petik sepuluh datang tau "

Kita mungkin boleh ego dengan kata-kata "Sekali petik, sepuluh datang tau". Tapi adakah sepuluh yang kita petik itu sama dengan keperihatinan teman yang kita buang ke lautan sepi itu? Yutaka pasti, sukar mahu mencari jenis insan yang pernah kita buang itu. Kerana apa? kerana kejujuran dan keikhlasan nya. Tapi persoalan yang akan timbul. Adakah kita bisa mencari teman yang pernah kita pandang sepi itu? 


Teman.. maafkan aku kerana buat kau sepi ..

Saturday, June 12, 2010

TIDAK PERLU BERMEGAH

Konbanwa

Kali ini yutaka saja nak bawakan satu kisah yang boleh direnungkan bersama. Yutaka hendak bawakan mengenai soal REZEKI. Setiap orang berbeza rezekinya, ada yang terlebih², sederhana dan ada yang terkurang. Untuk post kali ini, yutaka hendak bawakan mengenai perihal mengenai sikap manusia yang terlalu taksub dengan rezeki Allah yang melimpah ruah ini.

Rezeki ini boleh dikategorikan kepada material dan bukan material. Material ini lebih kepada wang ringgit dan bukan ringgit ini lebih kepada kuasa dan kedudukan. Banyak manusia yang terperangkap dengan hasutan syaitan durjana di mana mereka bermegah dengan kurniaan Illahi yang sedikit itu. Mula bermegah², berjalan seperti sang merak, dan memandang insan lain dengan jijiknya.




Mari kita lihat bagaimana egonya manusia apabila dikurniakan rezeki berbentuk material. Ada seorang hamba Allah yang tiba² ditakdirkan menjadi kaya raya. Dahulunya dia seperti biasa. Hidup penuh kesederhaan, tetapi bila Allah berikan rezeki yang lebih, dia mula ego. Bila berbicara, memang tak mahu kalah. Bicara itu dilontarkan bagi menunjukkan dia banyak wang. Dahulunya boleh sekarang tidak boleh. Dahulunya boleh berjalan kaki ke suatu tempat yang dekat, kini tidak. Mahu menaiki kereta, takut kulit disiat² matahari.


Sama juga situasi dengan mereka yang tiba² mendapat kedudukan dan kuasa. Dahulunya bicara dengan sopan sekali, tetapi kini bicara dengan penuh sombong. Habis semua diarah, di marahi, diherdik sesuka hati. Perlu kah, kita menunjukkan kuasa tak bertempat? Tetiba sahaja semua tidak boleh. Apabila selisih dengan rakan sekerja, masamnya muka dilemparkan. Konon² orang lain tidak standard seperti dia. 


Kita kadangkala meluat melihat gelagat manusia yang ego dengan kurniaan Illahi yang sedikit itu. Bila mereka ni mula bermegah², yutaka malas nk masuk campur. Sebab tidak ke mana pon berlagak dia tu. Jika Allah nak tarik balik rezeki itu sekelip mata, dengan sekelip mata juga lah kehidupan manusia itu berubah. Lagipun buat apa hendak sombong dengan kurniaan pinjaman Illahi itu. Bukankah bagus, jika kita mensyukuri dengan berkongsi dengan makhluk Allah yang lain. Berkat sedikit rezeki itu. 


BELAJAR BAHASA ASING


Konbanwa

Salam dimulakan sebagai pemula bicara. Di kala ini jari pantas menari menulis yang ilhamnya datang dari akal kurniaan Illahi. Yutaka baru sahaja balik daripada menghadiri kursus Bahasa Jepun selama 5 hari. Teruja sekali apabila bisa mempelajari sedikit ilmu bahasa Jepun ini. Terasa macam mahu menetap sahaja di Jepun bagi mendalami bahasa matahari terbit itu..hehe..


Banyak reaksi yang diterima apabila yutaka mengatakan mengenai hasrat yutaka hendak menghadiri kursus bahasa Jepun ini. Kebanyakkannya adalah reaksi negatif. Di antara persepsi dan reaksi yang diterima adalah berbentuk sindiran ayat dan wajah seperti berikut :

a) " Belajar bahasa Jepun? Bahasa Inggeris pon terkial-kial, ni kan pula hendak belajar bahasa Jepun "
b) " Belajar bahasa Jepun? buat apa la kau belajar bahasa tu.." kata-kata dilontarkan sambil memaparkan wajah sindiran dan sinis.. 
c) " Bahasa Jepun? Lebih baik belajar bahasa Mandarin @ Kantonis "
d) " apa kena mengena tugas dengan kursus itu? " 

Mengapa yutaka memilih untuk belaja bahasa asing walaupun bahasa Inggeris tidak selancar mana?  Kerana minat dengan bahasa Jepun, maka yutaka belaja. Yutaka juga menyahut saranan Perdana Menteri kita yang mahukan rakyat mempelbagaikan pengetahuan bahasa sedia ada. Yutaka juga mahu menjadi insan seperti Mahathir Lokman yang menguasai pelbagai bahasa. 

Semua reaksi negatif yang diterima, yutaka abaikan sahaja. Biasalah tu, tidak berubah-ubah stigma negatif bila sesuatu yang baru berlaku di dalam kehidupan mereka. hehe.. Walaupun begitu, ada juga yang menyokong yutaka. Kepada yang memberikan sokongan, yutaka ucapkan terima kasih..




Friday, May 28, 2010

PICTURE OF THE WEEK



NOTE : CANDID WAJAH PN MASRITA MASNUN

Monday, May 24, 2010

TAG ICE

Konbawa ..

TAG dari encik ICE .. jom mari kita menjawabnya

Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
nak upah pengacara edisi siasat, WAN KAMARUDIN  tu untuk mengetahui kebenaran kisah ini.
dan mungkin tidak teragak-agak nak email kepada ADUAN RAKYAT 
untuk dibaca oleh KARAM SINGH WALIA

6 org di hati anda ?
Ibu Ayah dan 4 orang Adik beradik. Semuanya ada 6 orang .. ONE HAPPY FAMILY.. Amin3x

Anda rasa anda comel ?
Terasa juga tentang kecomelan diri ini. Tapi malas nak kecoh², nnt orang kata bongkak laks..

Single or taken ?
single mingle pringle

Blog yang anda suka ?
blog yang ada jual baju² lelaki. Tp cam xjumpa lagi la.. 

Adakah bilik anda kemas setiap hari ?
mestila kena kemas.. xmo ada lipas duduk bersama dengan ku di bilik

Lagu terakhir yang anda dengar ?
lagu my fav group SLAM

Last text message ?
si dia

Last phone call ?
si dia

Hari terakhir anda menangis ?
xmenangis cuma sebak je.. lelaki mana leh nangis..kena cover beb

List lima favorite colour anda .
Merah Biru Hitam Putih dan warna pelangi..kehkehkeh

Website yang paling anda suka ?
yang ada donload lagu free..best²

Orang terakhir anda ber"ym" ?
si dia

Game yang anda paling suka ?
PES or WE

Adakah anda peminat MCR ?
lagu je yg minat..haha

Apa perasaan anda semasa jawab tag ni ?
Stress lor.. lagi senang xm KPLI or xm PTD

Anda rasa tag ni best ?
disebabkan usaha orang pertama memerah otak nak wat soalan ini,
jd saya bagi lampu hijau untuk beliau

Tag lagi 10 orang .
Malas la

Pesanan untuk orang yang anda tag ?
Nak pesan ke? Jaga diri dan jaga agama bebaik..

Thursday, May 20, 2010

TUNAIKANLAH SOLAT


Konbawa

Episod yang lepas, biarkan lepas .. kenangan sedih kita tinggalkan di sana.. hehe ..Kali ini kita kembali ke fitrah kejadian kita sebagai manusia.. iaitu sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.. Sebagai khalifah, kita sudah semestinya diamanahkan untuk menjaga kurniaan Illahi ini dengan sebaiknya.. Sebagai balasan di atas kurniaanNya, pastinya kita diwajibkan untuk mensyukuri nikmat yang diberi.. dan satu salah caranya adalah dengan sujud kepada Pencipta kita iaitu menunaikan solat

teringat yutaka akan kata-kata ustaz semasa yutaka bersekolah agama di Johor. kata-kata itu berbunyi, 
jika kita ikhlas menunaikan solat, nescaya kita akan merasa serba tidak kena sekiranya kita sengaja meninggalkan solat. Contohnya seperti kita suka bermain facebook, jika satu hari tidak bukak facebook, kita akan jd tidak keruan .. sama juga dengan solat.. jika kita cintai dan sayangi solat, kita akan rasa cam kekurangan sahaja bila kita meninggalkannya

pernah yutaka menguji seorang sahabat yutaka dengan mengajak dia menunaikan solat.. sahabat itu menjawab " kau pergilah dulu, nanti aku follow " dan
 " aku tidak biasalah solat di tempat yang kecik², tak selesa .. aku lebih suka pergi ke surau " .

selepas itu tidak tahu la samada sahabat itu solat ke tidak.. mungkin solat rasanya .. yutaka bersangka baik.. yutaka pun sedang berusaha untuk menyempurnakan rukun islam yang lima itu.. kerana apa? kerana yutaka adalah manusia kerdil di sisiNya..


AKHIRNYA KETEMU JUA


Konbawa

Untuk kali ini, yutaka nak bawa mengenai kisah cinta tidak kesampaian .. sedihkan bunyinya..tu baru membaca baris-baris kata, belum dikira dengan sedihnya bila melaluinya.. pedih perit sedih pedih semua ada.. untuk episod duka kali ini, yutaka bukan mahu bercerita bagaimana kisahnya cinta tak kesampaian itu, tetapi yutaka nak bawa satu kisah bagaimana halnya apabila berjumpa kembali dengan orang yang pernah kita sayangi dahulu  

Kisah ini baru sahaja berlaku semalam. Ya semalam .. huhu .. Pagi itu yutaka bakal menduduki peperiksaan kenaikan pangkat. sebelum memerah otak untuk menjawab, yutaka pergilah bersarapan dahulu.. Mulanya tidak perasan, tapi bila diamati sedalamnya.. baru yutaka terperasan.. Alamak .. wanita itu ? wanita itu adalah wanita yang pernah yutaka sayangi lebih dari diri yutaka sendiri .. Dahsyat bukan penangan cinta .. hehe
Akhirnya .. yutaka bertemu jua.. Yutaka sebenarnya mahu elak dari berjumpa dengan wanita itu.. namun kuasa Allah mengatasi segalanya.. Akhirnya yutaka berjumpa juga di kala yutaka tidak menginginkan ianya terjadi.. Yutaka tidak mahu luka lama berdarah kembali .. tidak mahu jiwa senyum dalam tangisan lagi .. 



Bila dah berjumpa tu, perasaan yutaka bercampur baur.. rasa geram, rasa rindu, rasa sedih semuanya ada..Yutaka tidak sanggup menatap mata insan yang pernah yutaka sayangi itu.. Serius tak sanggup.. Sudah lama tidak berjumpa dengan dia.. Ada dekat 3 tahun di mana yutaka tidak dibenarkan melangkah ke majlis perkahwinannya itu. Hendak buat macam mana kan.. Dirinya mahu gembira di atas kepedihan jiwa parah yutaka.. Susah mahu mengubati luka yang pernah dihiris halus² ini .. bila hampir sembuh, jumpa balik.. tak ke luka lama terguris kembali .. erm...

Mungkin sukar diri ini mahu melupakan insan yang pernah buat kita gembira dan sedih.. Lagi-lagi insan yang pernah memberi harapan dan pada masa yang sama meruntuhkan kembali angan-angan kita itu .. Mungkin benar kata orang..  Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, di mana kita diminta untuk mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurnia itu