Monday, July 6, 2009

BERTUKAR, TERTUKAR, DITUKAR?

Konbawa..

sekarang nih office yutaka
tengah wat pertukaran tmpt
kerja bagi staf-stafnya

dalam sibuk-sibuk bertukar tu
ada satu dua komplen kurang
berpuas hati dengan pertukaran itu
Terdengar juga alasan-alasan yang kukuh
disebalik kurang berpuas hati tu


Yang paling pening kepala
adalah Madam Mumu..
bagus Madam Mumu, sebolehnya dia
nak puaskan hati semua orang.

sifat macam ni la yang buatkan
yutaka respect pada dia

bukan senang tau nak cari
seorang penyelia yang bertimbangrasa
macam Madam Mumu.

Sunday, July 5, 2009

m('u')m

KAU TIDAK SENDIRIAN

Kau tidak sendirian di kala ini
masih lagi punya kerabat di sisi

kau tidak sendirian sedih menangisi

masih punya teman untuk berkongsi


Walau hujan tidak begitu memahami

Jiwa merintih sedihnya hati

Tapi usah dihiraukan semua ini

Kerna masih ada sudi mendengari


Teguhkan kiblat doa kepadaNya

Disabarkan imanmu di jendela jiwa

Dikuatkan semangat hadapi segala

ujian Illahi penuh hikmahnya



Jangan sendirian menanggung sedih
aku disini sudi berkongsi jiwa yang pedih

NAK JADI MENTERI PERTAHANAN..


Konbawa..
Apa khabar semua? bertemu kembali ya..
title ni saja bagi gempaks..huhu
baru-baru ini ada seorang rakan
yutaka baru sahaja selesai
menjalani latihan ala-ala tentera..
berkesempatan juga la melihat gmbar2nya..

dalam lihat2 gambar tu kan..
ada seorang wanita bertanya la

"kau tidak mahu masuk "tentera" ni?
tapi kan rasanya kalau kau masuk,
aku rasa kau tak larat kot angkat senapang
ni kalau kau masuk PLKN ni, aku tak tahu la
"

Yutaka senyum sahaja, malas nak layan.
myb maksud dia baik
iaitu masuk "tentera" untuk berbakti
kepada Malaysia.

Yutaka nak juga berbakti kepada negara,
tp dengan cara lain la kan..
mana tahu satu hari nanti
yutaka boleh menyumbangkan idea
dari segi pertahanan negara..


Thursday, July 2, 2009

DIMURAHKAN REZEKI, MURAH KAH?

Konbawa

Pernahkan anda mendoakan
seseorang dengan ungkapan
"moga anda dimurahkan rezeki"

Syukur kepadaNya kerana
masih ada lagi insan yang
sudi mendoakan orang lain.

Yutaka tertarik dengan pertanyaan
mengapa guna ungkapan "DIMURAHKAN"?
tidak "DILIMPAHKAN" OR "DITAMBAHKAN"?
Yutaka terfikir juga, kenapa ya?


Bukan mahu menjadi hambaNya yang tamak,
tetapi bagi yutaka doa kepadaNya perlulah jelas
penggunaan "DIMURAHKAN" itu seakan
boleh dipertikaikan maksudnya.

Maka dengan itu dirasakan
penggunaan ungkapan "DITAMBAHKAN"
atau "DILIMPAHKAN" itu
lebih elok digunakan apabila berdoa kepadaNya.



Wednesday, July 1, 2009

TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN

Konbawa..

bertarikh 29hb jun 2009,
yutaka pergi melawat
seorang teman yang telah
kehilangan seseorang yang
amat dicintai iaitu ibunya

walaupun yutaka tidak
berada di tempatnya, namun
yutaka turut merasai
kesedihan yang dialaminya

kepada MISS LIZA,
moga awak bersabar,
kuatkan semangat,
teguhkan kiblatmu,
dan percayalah
setiap apa yang berlaku
pasti ada hikmah tersirat.


GOSIP..ALAMAK..

Konbawa..

Pekaba? gosip?
anda semua suka gosip?
macam2 gosip yang boleh
kita dengar

Yutaka suka membawa
isu gosip ini, tp seperti biasa
yutaka tak nak point kepada
individu tp lebih kepada
sikap individu


kebanyakkan daripada kita
selalunya tidak sengaja
terdengar gosip..
dan apabila terdengar gosip
itu, kita lebih suka menjadi
hakim untuk mengadili
siapa yang salah.


Yutaka pun bukannya perfect mana,
tp yutaka rasa alangkah elok
sekiranya kita hanya
mengambil iktibar

daripada menjadi hakim

tidak perlu mencanang kesalahan
orang lain sampai ke langit,
kerana ditakuti kesalahan itu berbalik
semula kepada kita..


BEST JUGA EH..

Konbawa..

baru-baru ini yutaka
berkesempatan untuk
berpuasa 1 Rejab..

banyak dugaannya
ada yang ikhlas belanja makan
ada yang tak sengaja terjemput makan
perut ni selalu je bersuara kelaparan..

dalam berpuasa tu yutaka
terfikir di mana alangkah bestnya
jika dapat makan dan minum,
tak kira lah jika makanan dan minuman
itu yutaka paling tak suka..

memang itulah kelebihan puasa
di mana kita dapat menginsafi diri
dan dapat mengajak kita bersama-sama
merasai kehidupan orang yang susah.