Thursday, February 6, 2014

Lelaki Yang Baik



As Salam

Adakah lelaki yang baik sudah pupus di dalam dunia ini? Bagaimanakah kita hendak tahu lelaki itu baik atau tidak? Siapa tahu sila angkat tangan? Jangan angkat tinggi sangat, nanti orang sebelah terbau bauan odorono a.k.a deodorant semulajadi kita. Hehe. Berbalik kepada tajuk, yutaka pasti wanita pasti sukar untuk mengetahui di mana letak baiknya seorang lelaki kerana pastinya kaum hawa tidak dapat membaca isi hati seorang lelaki.

Wanita yang baik dijanjikan dengan lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Tetapi ada ketika wanita diuji Allah dengan dikurniakan lelaki yang kurang sopan akhlaknya. Tetapi adakah semua itu boleh dielak? Jawapannya adalah Insya Allah boleh. Tetapi jangan berjumpa dengan bomoh untuk mengetahui baik atau buruk seseorang lelaki itu kerana bomoh pun manusia biasa. Tiada faedahnya membazirkan wang dan masa untuk berjumpa dengan bomoh.
Yutaka akan berkongsi mengenai beberapa tips untuk mengetahui baik atau buruk seorang lelaki itu


HORMAT
Lelaki yang baik adalah lelaki yang menghormati seorang wanita. Hormat bukan bermaksud takut ya. Jangan salah anggap. Lelaki yang baik adalah lelaki yang menghormati wanita dengan tidak menyentuh secara fizikalnya. Sesungguhnya pasangan yang belum berkahwin mempunyai perasaan lain jika bersentuhan. Perasaan berahi namanya. Syaitan akan cuba menyucuk lelaki untuk menyentuhi seorang wanita. Kononnya ingin melindungi wanita yang disayangi. Itu IDEOLOGI yang dangkal. Jika ingin melindungi seorang wanita itu, lelaki berkenaan hendaklah pergi meminang dan bernikah dengan wanita tersebut. 


JANJI

Lelaki yang betul betul serius untuk menjaga dan melindungi wanita yang dicintai itu pastinya BERJANJI untuk menikahinya dengan segera. Bukan janji kosong atau janji palsu yang diberikan. Terutama sekali apabila wanita diberikan janji daripada suami orang. Lelaki yang sudah berkahwin dan ingin berpoligami ini biasanya mengambil masa yang lama untuk menikahi wanita lain. Jadi jika boleh dielakkan, maka elakkan bercinta dengan suami orang kerana hidup bermadu tidak semanis madu lebah. Wanita jangan serahkan badan, dan harta untuk lelaki yang belum pasti menjadi suaminya.Wanita tolong jangan percaya kepada rayuan lelaki yang bernafsu syaitan yang ingin menyentuhi sebelum sah bergelar suami.

AGAMA DAN AKHLAK

Sesungguhnya agama dan akhlak itu penting bagi seseorang lelaki yang ingin bergelar suami. Bagaimana dengan lelaki yang kurang didikan agama dan kurang moleknya akhlaknya? Lelaki yang ingin bergelar suami perlulah mempersiapkan diri dengan asas agama. Jika seorang wanita melihatkan lelaki yang dicintainya itu memandang Islam sebelah mata, nasihatkan lelaki itu. Jangan percaya kepada kata - kata " Nantilah selepas kahwin baru hendak berubah ". Janji itu kebiasaannya diingkari. Jika betul seorang lelaki itu sayangkan wanita itu, lelaki berkenaan akan mempersiapkan diri dengan ilmu agama. Ini kerana selepas berkahwin tanggungjawab seorang lelaki terhadap isterinya amat besar sekali. Silap silap mereka akan ditarik sama ke neraka kerana isteri dan anaknya mempunyai dosa yang banyak.

TANGGUNGJAWAB

 Lelaki yang baik adalah lelaki yang mempunyai pekerjaan yang terjamin. Tidak kiralah kerja kerajaan, kerja swasta atau bekerja sendiri. Janji bekerja. Ini kerana seorang lelaki yang baik akan membiarkan isteri dan anaknya tidak makan dan tidak mempunyai tempat tinggal. Jika seorang wanita yang ingin berkahwin, pastikan dahulu lelaki itu bekerja atau tidak. Jika tidak bekerja, nasihatkan lelaki berkenaan untuk bekerja walaupun lelaki berkenaan anak orang kaya. Anak orang kaya yang malas bekerja tidak layak menjadi suami kerana mereka tidak mempunyai tanggungjawab.



Kesimpulannya, mencari lelaki yang baik amat sukar tetapi tidak mustahil. Yutaka doakan pembaca wanita yang masih bujang lagi akan dikurniakan seorang lelaki yang baik untuk dijadikan suami. Tetapi jika ditakdirkan mendapat suami yang kurang molek akhlaknya dan kebaratan, jangan gusar. Berusaha dan berdoalah kepada Allah. Berusahalah menjadi wanita yang bertakwa. Lelaki yang baik adalah milik wanita yang baik. Insya Allah.



No comments:

Post a Comment