Thursday, July 25, 2013

Kesunyian Anak Yatim



As Salam

1. Semalam yutaka berkesempatan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim. Kesempatan ini terhidang apabila yutaka menemani isteri yutaka ke sana kerana isteri yutaka merupakan antara urus setia majlis berkenaan. Terima Kasih Ya Allah atas rezeki itu. Sepanjang berada di sana, yutaka banyak belajar perkara-perkara baru di mana memang menjadi kelaziman yutaka suka belajar melalui pemerhatian.

2. Bercerita mengenai anak yatim, memang sinonim dengan derma dan sedekah. Sebenarnya kita digalakkan untuk membantu anak yatim daripada segala hal bergantung kepada kemampuan. Mana yang berkemampuan untuk membantu dari segi material, bolehlah bersedekah dan menderma mengikut kemampuan. Mana yang berkemampuan untuk membantu dari segi non material, bolehlah melakukan kebajikan lain contohnya seperti tenanga, pemikiran idea dan lain-lain



3. Bercerita mengenai anak yatim, yutaka sebenarnya merasai apa yang mereka rasai di mana yutaka sudah kehilangan kasih sayang seorang bapa. Memang kehilangan kasih sayang yang berkekalan ini menyebabkan separuh nyawa yutaka pergi. Sesungguhnya apabila melihat anak-anak lain bermesra dengan bapa mereka, hati yutaka tersentuh, kerana yutaka sangat merindui belaian kasih sayang seorang bapa. Sedih sekejap.

4. Walaupun anak yatim ini kehilangan kasih sayang orang yang mereka sayang, mereka tetap seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Berjuang untuk meneruskan hidup mereka. Soal sunyi kerana kehilangan itu memang tidak dapat dinafikan. Terlihat di mata mereka, akan kesedihan apabila menjelangnya hari raya. Tetapi mereka tetap dipelihara Allah untuk meneruskan kehidupan dengan adanya pihak yang prihatin untuk meraikan dan bersama mereka sepanjang bulan Ramadhan ini.

5. Pertubuhan anak yatim ini memang tidak akan kurang dana nya kerana banyak orang Melayu yang mempunyai rezeki yang lebih rajin bersedekah. Tetapi yutaka merasakan perlunya aktiviti lain yang boleh mendorong mereka untuk menjadi yang lebih berjaya. Sebagai contoh kursus motivasi atau pertandingan berpidato Mereka perlu diberikan banyak peluang untuk menyertai aktiviti berkenaan. Bukan hanya pelajaran sahaja yang diberi penekanan, tetapi pembangunan keyakinan diri perlu juga dipertimbangkan untuk dilaksanakan.


No comments:

Post a Comment