Thursday, July 4, 2013

Berharta Tetapi Hidup Membujang


As Salam


1. Hari ini yutaka ingin mencoretkan mengenai kaya tetapi masih membujang. Sebenarnya hidup ini sangat pendek jangka hayatnya. Jadi sementara punya masa, nikmatilah hidup berlandaskan syariat Islam. Salah satu nikmat hidup adalah hidup berumahtangga. Memang tidak semua insan dapat mendirikan rumahtangga dalam usia yang muda. Ada yang cepat dan ada yang lambat.

2. Apa yang merungsingkan pemikiran kaum hawa adalah mengenai soal jodoh. Bila lambat akan diperli, disindir dan dilemparkan pelbagai fitnah. Tetapi masyarakat kita memang sebegitu, memang suka bertanya tanda prihatin. Bila lambat kahwin, ditanya. Bila sudah kahwin, ditanya anak. Bila sudah ada anak, ditanya lagi. Memang begitulah kelaziman masyarakat kita ini.

3. Berbalik kepada soal jodoh, yutaka dahulunya risau kerana belum bertemu jodoh. Tetapi sekarang syukur kerana yutaka telah dikurniakan isteri yang terbaik, comel dan bertimbang rasa. Jadi apabila ada rakan-rakan lain yang belum mendirikan rumahtangga, yutaka nampak ada satu perasaan SUNYI di dalam hidup mereka. Mereka yang bujang ini selalu menyembunyikan perasaan sunyi itu dengan ayat " HIDUP MEMBUJANG LAGI BAIK, SENANG KE SANA KE SINI "



4. Memang tidak dinafikan akan soal itu. Hidup membujang hanya menguruskan diri sendiri. Tidak perlu sibuk menguruskan hal orang lain. Tetapi itu tidak kekal lama. Mereka yang masih membujang ini masih diselubungi kesepian tahap melampau di mana tiada teman di sisi. Tiada orang yang boleh menjaga makan minum pakai. Dan paling penting tiada tempat untuk berkasih mesra. Ini kerana manusia mempunyai keinginan untuk disayangi dan menyayangi. Itu fakta.

5. Situasi paling terasa adalah apabila menjelang hari raya. Yang si abang @ kakak @ adik begitu gembira dengan pasangan dan anak mereka. Ada yang memakai baju raya sedondon mengikut tema warna pilihan. Keletah anak-anak buah begitu menghiburkan walaupun mereka kadangkala nakal tidak bertempat. Tetapi itulah kemeriahan sambutan hari raya bersama keluarga. Bila saudara mara datang, pasti soalan " BILA HENDAK KAHWIN ? " akan membosankan apabila ditanya kepada si bujang.

6. Walau duit segunung emas sekalipun, ianya tidak akan mampu menyelimuti kesepian hidup membujang. Rugi jika tidak berkahwin, tetapi berkahwinlah dengan orang yang boleh membawa ke jannah. Insya Allah rumahtangga yang dibina berkekalan. Bagi mereka yang sudah bosan @ tidak percaya kepada cinta, buanglah perasaan itu kerana anda tidak berlaku adil kepada hati anda. Hati anda berhak disayangi dan menyayangi.  




No comments:

Post a Comment