Thursday, March 7, 2013

Seruan Haji Bahagian Satu


As Salam

Apa khabar semua? Untuk post kali ini yutaka ingin membawakan mengenai KUASA bagi bakal jemaah haji. Bagi yang ingin mengerjakan haji, seeloknya mereka memerhatikan mengenai KUASA. Kuasa ini terdiri daripada 3 iaitu KUASA duit, KUASA fizikal dan mental, dan KUASA masa. Jika memiliki 3 kuasa tersebut, insya Allah perjalanan haji boleh berjalan dengan lancar.

Semestinya kuasa duit memainkan peranan. Jika tahun 2012, tambang Muassasah jemaah haji Malaysia adalah dalam RM 9,980.00. Perbelanjaan tersebut akan bertambah RM 350.00 sekiranya jemaah haji ingin melakukan HAJI TAMATTUK. Itu belum ditambah dengan perbelanjaan lain di sana. Tetapi diingatkan jangan membawa duit tunai yang banyak semasa berada di sana. Jika memerlukan duit, pergi lah ke kaunter Tabung Haji untuk mengeluarkan nya.

 Kuasa fizikal dan mental ini terdiri daripada kuasa tubuh badan dan kuasa akal. Ibadah haji tidak terlalu bergantung kepada pembacaan tetapi lebih kepada fizikal. Fizikal tubuh badan yang sihat akan memudahkan kita untuk melakukan ibadah haji terutama semasa tawaf 7 kali Baitullah, berlari-lari anak dari bukit safa ke bukit marwah, bermalam di muzdalifah dan mina, dan melontar 3 jamrah ( jamrah aqobah, jamrah wusto, jamrah ula ).



Kuasa akal atau kuasa mental juga memainkan peranan. Jika kita mempunyai akal yang waras dan sihat, kita dapat menjalankan ibadah haji mengikut turutan nya tanpa dikenakan dam dan sah hajinya. Ada satu situasi di sana, jemaah haji diuji dengan mental yang tidak sihat. Bila kewarasan itu tiada, alamatnya ibadah haji tidak sempurna.

Kuasa masa juga penting. Tidak semua manusia mempunyai masa yang lapang untuk mengerjakan haji. Ini kerana tempoh Haji adalah dalam 40 hari. Kekangan kerja, kekangan anak yang masih kecil dan lain-lain boleh menjadi faktor kita tidak dapat mengerjakan Haji. Tetapi jika kita sudah membulatkan hati untuk mengerjakan haji, insya Allah akan dipermudahkan soal masa itu.

Begitulah besarnya peranan KUASA di dalam kita menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu iaitu menunaikan haji bagi yang mampu dan berkuasa. Jangan risau pembaca sekalian, jika kita mempunyai niat itu, teruskan mengumpul duit dan menjaga tubuh badan kita kerana sesungguhnya ada ganjaran yang menanti kamu di kemudian hari. Insya Allah.



No comments:

Post a Comment