Monday, March 11, 2013

Kisah Ikan Dan Manusia


As Salam

Hari ini yutaka ingin bawakan kisah ikan dan manusia. Begini kisahnya


Ikan tua : 

wahai anak ikan. Jika kamu nampak satu makanan sedap di mana tiada ikan di situ, atuk nasihatkan janganlah dihampiri makanan itu.

Ikan muda :  

kenapa?

Ikan tua : 

Kerana apabila kamu memakannya, kamu akan diangkat ke atas oleh seorang lembaga besar dan disimpan di dalam kotak. Kamu akan dibawa ke rumahnya lalu dihirisnya kamu dengan pisau. Dibuangnya insang kamu lalu dibakar kamu dalam minyak yang panas.Setelah itu, lembaga besar itu akan memanggil ahli keluarga nya untuk mengoyakkan isi perut kamu dan paling menyedihkan kepala dan mata kamu akan dikunyah-kunyah.

Ikan muda :

( Tidak mempercayai kerana tidak ada bukti di sekeliling nya. Tiada makhluk besar, tiada minyak panas dan lain-lain )

Suatu hari, ikan muda ternampak satu makanan yang nampak sedap. Pesanan ikan tua tidak diendahkan lagi. Disambarnya makanan dengan laju nya. Yum yum .. sedapnya. Disambarnya lagi. Dikunyahnya dengan penuh nikmat. Yum Yum ..Dimakannya semua makanan itu. Serentak dengan itu, ikan muda terasa dirinya terangkat ke atas. Apa yang dikatakan oleh Ikan tua semuanya benar. Ada makhluk besar, ada minyak panas dan ada hirisan diperutnya. Nampaknya kedegilan memakan diri.



 Apa yang kalian dapat daripada cerita ikan tersebut? Sebenarnya apa yang diceritakan mengenai alam akhirat, dosa pahala, hari pembalasan adalah benar. Walaupun kita tidak ada buktinya sekarang, namun kita wajib mentaatinya. Orang yang soleh akan memperolehi kemenangan di alam sana. Rugilah bagi mereka yang degil dan tidak mempercayainya.

Petua orang lama-lama juga boleh dipakai sekiranya tidak ada unsur syirik di dalamnya. Ini kerana orang tua sudah lebih tahu mengenai asam garam kehidupan berbanding dengan orang muda-muda. Kalau petua itu membawa kebaikan, tidak salah untuk kita mencubanya. Memang benar orang sekarang lebih pandai dari segi ilmu pengetahuan, tetapi mereka tidak mahir tentang asam garam kehidupan.



No comments:

Post a Comment