Monday, February 18, 2013

ANAK BERJALAN SENGET


As Salam

Apabila bercerita mengenai anak, yutaka bukanlah seorang yang pakar. Ini kerana yutaka tidak mempunyai pengalaman menjadi seorang ayah. Tetapi yutaka ingin berkongsi sesuatu melalui pemerhatian yutaka. Menjadi seorang ayah memanglah berat tanggungjawabnya terutama sekali di dalam mendidik anak-anak dan isteri. Yang paling penting adalah memberikan tunjuk teladan yang baik untuk diteladani.



Yutaka bukanlah seorang khalifah yang tinggi iman nya. Tetapi yutaka ada memerhatikan sikap sesetengah ibu ayah yang mengambil mudah di dalam soal agama. Terutama sekali di dalam ibadah solat dan puasa. Solat itu tiang agama. Jika soal solat diambil mudah, bagaimana Allah mahu memberkati sesebuah institusi rumahtangga itu?

Soal puasa pula seringkali diambil enteng. Ada ibu ayah yang suka ponteng puasa atas sebab tidak dapat tahan berlapar seharian. Berlagak seakan kanak-kanak kecil yang tidak tahan berpuasa menjadi alasan untuk mengisi perut ketika bulan Ramadhan. Ada juga menggunakan alasan gastrik. Gastrik bukan alasan untuk tidak berpuasa kerana doktor ada menyediakan kaedah tertentu untuk pesakit gastrik yang ingin berpuasa di bulan Ramadhan.

 Dari segi pertuturan, rasanya bahasa anak-anak banyak dipengaruhi bahasa ibu ayahnya. Jika orang tuanya berbahasa kasar, maka anak akan bertutur seperti " gangster " dan begitu juga sebaliknya. Tetapi sekiranya anak-anak berbahasa "gangster " sedangkan ibu bapanya berbahasa baik maka faktor persekitaran menjadi puncanya. Di sini lah peranan ibu bapa untuk membetulkan "jalan anaknya yang senget" itu.

Pendek kata jika ingin menjadikan anak seorang yang terbaik, ibu bapa hendaklah menjadi yang terbaik untuk anaknya. Teladanilah mereka dengan yang baik-baik. Jadilah role model yang terbaik untuk anak-anak kerana anak-anak memerlukan sokongan untuk mereka berjalan tegak.




No comments:

Post a Comment