Saturday, August 4, 2012

KAMERA HALAL



As Salam

Sebenarnya hari ini yutaka ingin membawakan kisah mengenai pekerjaan jurugambar. Jurugambar yang yutaka ingin tekankan di sini adalah jurugambar perkahwinan. Sememangnya yutaka begitu berminat di dalam hal fotografi ini. Suka mengambil gambar dan suka menjadi model. Pernah dulu yutaka bercita-cita ingin menjadi jurugambar perkahwinan secara profesional.

Profesion jurugambar perkahwinan ini merupakan profesion yang boleh mendatangkan keuntungan yang tinggi. Semakin profesional skill jurugambar, semakin mahal bayaran nya. Mendapat bayaran yang tinggi bagi setiap acara membuatkan ramai yang berebut-rebut untuk memiliki kamera mahal (walaupun ilmu fotografinya sangat amatur)

Rakan-rakan pernah bertanya kepada yutaka. Mengapa tidak melibatkan diri dalam laman fotografi secara profesional? Jawapan yutaka amat mudah. Yutaka tidak mahu berdosa. Berdosa kerana mengambil gambar yang tidak menutup aurat dan dosa memaparkan gambar "telanjang" itu kepada orang ramai. Ditakuti sekiranya yutaka meninggal dunia, yutaka tidak sempat memadamkan potret yang tidak menutup aurat yang pernah yutaka ambil.


Pasti ada suara-suara yang mengatakan yang penting niat. Ya .. niat itu memang penting. Setiap amalan bermula dengan niat. Atau mungkin orang akan berkata lagi yutaka bukan Tuhan yang boleh menentukan dosa pahala seeorang jurugambar. Terpulang kepada persepsi masing-masing. Yutaka manusia biasa, yutaka tidak bisa menangkis mengenai rasa was was nya yutaka berkenaan dengan aurat model perkahwinan itu sendiri.

Jika pengantin itu menutup aurat yang sebenar dan aksi di depan lensa tidak menaikkan nafsu berahi bagi yang melihatnya, yutaka rasa tidak menjadi masalah untuk mencari duit poket di dalam laman fotografi ini. Tapi tidak semua pengantin menutup aurat semasa bersanding di atas pelamin. Jadi renung-renung dan selamat beramal.


No comments:

Post a Comment