Tuesday, February 7, 2012

CURANG CURANG CURANG


Konbanwa

As salam semua. Kali ini yutaka sengaja membawakan tajuk yang berat sekali. Hurm.. curang seringkali dikaitkan dengan sesuatu jantina. Ada yang mengatakan lelaki suka curang tetapi ada yang mengatakan perempuan pun tidak kurang hebatnya. Soal jantina adalah terlalu subjektif untuk menentukan kesilapan siapa. Yang perlu disalahkan adalah dua pihak yang memberi respon dan melayan respon


3 PUNCA CURANG

a) Cuba-cuba. Inilah punca utama yang telah dikenalpasti mengapa curang berlaku. Bermula dengan si lelaki menjual minyak atau si wanita mencuba menggoda membuatkan ramai yang terperangkap. Ada sikap ingin mencuba-cuba di mana ingin melihat samada dirinya masih laku di pasaran membuatkan dirinya terperangkap di dunia cinta sementara yang diciptanya sendiri. Mula-mula ingin mencuba, lama kelamaan terjatuh cinta dan tidak bisa menafikan perasaan cinta yang tak sengaja hadir.

b) Simpati berlebihan. Simpati ini lebih kepada seseorang yang simpati terhadap nasib yang menimpa kaum berlainan jenis. Ada yang simpati terhadap masalah rumahtangga, ada yang simpati terhadap masalah kewangan dan sebagainya. Mulanya ingin berkongsi masalah hidup masing-masing, tetapi lama kelamaan terus ingin berkongsi apa yang tidak sepatutnya dikongsi. Perasaan kasihan berlebihan membuatkan si dia sanggup berkorban apa sahaja untuk menunjukkan keperihatinan terhadap masalah yang timbul. Kasihan akan bertukar menjadi kasih dan bila ianya timbul maka ditakuti sesuatu yang mungkar akan berlaku.

c) Membalas dendam. Membalas dendam untuk curang ini lebih kepada membalas kecurangan pasangan dengan kecurangan juga. "dia boleh buat, kenapa aku tidak boleh" itulah kebiasaan nya yang terluah apabila pasangan mereka curang. Jika ini terjadi, maka kita seolah menyokong perbuatan curang pasangan kita itu. Kecurangan itu memang pahit, tetapi membalas kecurangan dengan kecurangan tidak bisa membantu di dalam menyelamatkan sesuatu perhubungan.

Curang itu satu perbuatan yang mesti dielakkan. dari perasaan cuba-cuba boleh menjerat diri sendiri. simpatilah seadanya, tidak perlu berlebihan kerana berlebihan itu akan mengundang satu perasaan kasihan berkasih iaitu kasihan dan berkasih. Membalas dendam dengan cara curang itu tidak perlu dilakukan. Jika kamu sayangkan sesuatu perhubungan, maka pertahankan ia dengan cinta ikhlas dan doa kepadaNya. 


No comments:

Post a Comment