Tuesday, January 10, 2012

KERANA HUTANG, KITA TERPERANGKAP



Konbanwa

Hai semua. Hari ini yutaka ada terdengar mengenai tajuk yang dibincangkan daripada Radio HOTFM. Ianya berkisar kepada hutang yang menyusahkan orang lain. Orang lain berhutang, orang lain yang membayarnya. Orang yang berhutang sangat seronok goyang kaki, dan meletakkan semua hutangnya di bahu orang lain. Letih juga kan apabila terpaksa menangkup segala hutang orang lain.

Kita perlu sedari bahawa isu menjamin kawan atau keluarga terdekat untuk berhutang sebenarnya bakal menjerat leher kita. Bila si penghutang tidak dapat membayar segala hutangnya, maka yang jadi mangsanya adalah penjamin yang baik hati. Jika rakan anda mahukan anda menjamin untuk dia berhutang, katakan TIDAK sama sekali. Jangan terpengaruh dengan pujuk rayu mereka. 

Berhutang dengan ceti yang tidak berlesen atau AH LONG juga merupakan satu musibah yang bakal menjerat kita. Dengan kadar bunga tinggi, ramai yang terjerat untuk membayar kembali wang yang dipinjamkan. Bila tidak dapat membayar kembali, ceti haram ini akan mencari kaum keluarga untuk menyelesaikan segala hutang yang telah dipinjam termasuk dengan bunga pinjaman sekali. 

Berhutang hendaklah mengikut kemampuan. Tidak salah untuk bersenang sedikit, tetapi perlu difikirkan mengenai kemampuan kita untuk membayar hutang tersebut. cuba diperhatikan mengenai cara kehidupan bangsa cina. Kereta besar tapi rumah tidak besar atau rumah besar tapi kereta tidak mewah. Baru seimbang kehidupan kita itu. ukur baju di badan sendiri. lihat wang bank jika mahu membeli :)



No comments:

Post a Comment