Monday, December 12, 2011

KENAPA RAMAI TIDAK SUKA DIA?


Konbanwa

Hari ini yutaka sengaja membawa satu situasi. Bukan hendak membuka keaiban seorang rakan tetapi tertanya mengapakah beliau tidak begitu digemari oleh individu lain. Jika diikutkan rakan yutaka ini begitu baik dengan yutaka. Tetapi sering kali yutaka menerima aduan mengenai ketaksukaan individu lain terhadapnya. Walaupun aduan itu begitu berdesing di telinga yutaka, namun yutaka tetap mahu mendengar rungutan itu

Jangan kata yutaka suka bergosip ye. Yutaka sengaja mendengar rungutan itu bagi mendengar permasalahan sebenar yang berlaku. Barulah yutaka boleh menilainya secara sepenuhnya. Dari komen-komen yang diterima, yutaka dapat kesimpulan bahawa rakan yutaka ni terlalu tidak bertolak ansur dan menggunakan bahasa yang kurang sedap didengar apabila berurusan.


Yutaka terasa ingin menceritakan hal ini kepada rakan yutaka itu, tetapi mungkin ambil masa sedikit. Sebab yutaka kena memikirkan kesan-kesan nya terhadap rakan yutaka itu. Daripada kisah ini, sebenarnya yutaka dapat mengambil sedikit pengajaran iaitu di dalam setiap urusan, kita mestilah perlu bertolak ansur, tidak perlu terlalu poyo kerana kononnya mengikut peraturan. Jika ada satu dua perkara yang remeh temeh, tidak perlulah melenting memarahi. Ringan-ringankan tangan untuk membantu orang lain.

Penggunaan bahasa yang baik perlu juga dipraktikkan. Tidak perlu menggunakan kuasa veto untuk tiket memarahi individu lain yang melakukan kesilapan. Jika ada kesilapan, tegurlah secara baik. Orang dewasa paham jika kita menegurnya secara baik. Kalau marah-marah, kelak orang akan membenci dan mendoakan keburukan untuk kita. Bukankah doa rakan-rakan itu makbul? Rezeki boleh tersekat dan bala makin mendekat. 





No comments:

Post a Comment