Sunday, October 2, 2011

TAKUT HENDAK KAHWIN ?


Konbanwa

Baru-baru ini isu kahwin begitu hangat diperdebatkan di kalangan rakan sepejabat. Nak tak nak, tempias perdebatan itu terkena kepada yutaka. kerana sampai sekarang, yutaka masih belum lagi berumahtangga.  Yutaka hanya mendengar sahaja perdebatan kahwin lewat ini kerana takut nanti dijadikan bahan perdebatan pula. tu namanya permainan selamat.. hehe

dalam perbincangan itu ada seorang rakan yang masih belum berkahwin mengatakan yang beliau takut berkahwin. Sebabnya takut menyesal dan takut tersalah pilih. Ketakutan ini adalah didasari dengan takutnya dia untuk menjadi pemimpin keluarga yang mampu membawa bakal isterinya ke jalan yang diredhai. Bila mendengar pernyataan itu, terasa begitu seriusnya beliau memikirkan hal rumahtangga.



rakan yutaka tu juga takut sekiranya  beliau akan menyesal kerana salah memilih calon. Menyesal kerana tidak ada keserasian, persefahaman dan komunikasi tidak sampai. Bukankah sesuatu perhubungan itu perlu ada komunikasi 2 hala iaitu memberi dan menerima komunikasi? Adakah itu alasan atau sebab munasababnya, tidak yutaka pastikan kebenarannya.


Adakah betul begitu susahnya untuk berkahwin? Banyak kena fikir, kan? Material dan non-material kena difikirkan. Rumah, kereta dan kedudukan kewangan yang kukuh. Bagaimana sekiranya seseorang itu belum kukuh ekonominya? Adakah hendak tunggu duit dalam bank penuh? Dari segi kesediaan mental pula jangan dilupakan. Adakah setiap pasangan itu berani untuk berdikari bersama menjalani kehidupan rumahtangga?


Pernah arwah ayah yutaka berpesan. Jika hendak kahwin, kahwinlah. Rezeki ada di mana-mana. Percayalah kepada janji Allah, pintu rezeki akan terbuka selepas kahwin. Memang ada benarnya pesanan arwah itu. Tetapi masalah yutaka sekarang ini adalah calon utama untuk dijadikan isteri belum lagi pasti. Ada orang kata di Jabbar Rahmah, Mekah adalah tempat untuk berdoa untuk memohon dipertemukan jodoh. Mungkin yutaka boleh mengirimkan doa kepada rakan-rakan yang hendak ke sana.



No comments:

Post a Comment