Monday, March 7, 2011

KEGEMBIRAANKU TERLETAK


Konbanwa

Selamat bertemu kembali di dalam coretan blog ini. Hari ini yutaka sangat beremosi bila mencoretkan mengenai ibu. Untuk pengetahuan semua, yutaka memang seorang yang rapat dengan keluarga.  Ke mana sahaja pasti bersama. Yutaka rapat dengan ibu yutaka sehinggakan yutaka digelar sebagai ANAK EMAK. Persetan dengan gelaran itu. Yutaka tidak kisah sebab bukan mereka yang menjaga ibu yutaka..

Yutaka sentiasa gembira apabila melihat ibu yutaka tersenyum. Bila ibu yutaka sedih, yutaka akan turut bersedih. Kerana apa? Kerana yutaka hanya ada ibu yutaka sebagai harta yang paling yutaka sayang. Yutaka sentiasa mengingati janji yutaka kepada arwah bapa yutaka untuk sentiasa menjaga ibu yutaka sebaiknya. Makanya, berbakti kepada ibu yutaka merupakan satu kepuasan dalaman yang begitu membahagiakan.


Jikalau suatu hari yutaka akan berhijrah ke tempat lain, yutaka akan bawa bersama ibu yutaka. Kerana apa, kerana ibu yutaka adalah segalanya bagi yutaka. Sumber kekuatan dan sumber keberkatan hidup. Jikalau ada rezeki lebih, yutaka akan menemani ibu yutaka untuk menunaikan fardu Haji bersama. Biarlah yutaka menjadi perisai untuk ibu yutaka melontar jamrah, walaupun yutaka tidak punya badan yang sasa.

Yutaka selalu berdoa supaya yutaka punya kesempatan untuk menabur bakti sepuas-puasnya dan mengembirakan ibu sentiasa. Ini kerana kegembiraan ku terletak di hati ibu yang gembira. Jika anda semua punya lagi orang tua, berbaktilah kepada mereka. Kerana takut kita tidak sempat untuk berbuat bakti. 

No comments:

Post a Comment