Monday, January 17, 2011

BILA TERJUMPA, TAK LAYAN BEB


Konbanwa

Sejahtera atas semua pembaca sekalian. Hari ini yutaka hendak bercerita mengenai terserempak, tapi buat-buat tak layan.. haha..Untuk penceritaan kali ni, yutaka nak membawakan 2 kisah mengenai perkara tersebut.

[ KISAH PERTAMA ]

Yutaka bukanlah seorang yang kaki kipas. juga bukan kaki bengkang bengkok. ada seorang senior yutaka ni mmg suka kena puji. sape puji die, pasti ada habuannya. tapi yutaka xberapa pandai dalam bab mengambil hati secara tidak ikhlas nih. jadi, yutaka tidak dikasihi olehnya berbanding dengan rakan yutaka yang suka meng "air cond" nya setiap ari. kasihan kan? tapi yutaka tetap hormat dia, walaupun dia memandang yutaka sebelah mata. Suatu hari, yutaka ada pergi kursus, terserempak pula dengan senior ini. Apa lagi, ukiran senyuman terpancar di wajah yutaka. tetapi, entah macam mane, senyuman itu tak terbalas dengan senyuman atau sapaan. Apa yang dilakukan oleh senior itu adalah, senyum pada rakan sebelah yutaka. siap dengan gurauan lagi. Aikss...sombongnya. sebenarnya senyuman tak terbalas itu bukan kali pertama, tapi sudah berjuta kali kot dilakukan kepada yutaka. 


[ KISAH KEDUA ]

ada seorang kakak di opis yutaka ni namanya MARCELOT MAMAT. dahulunya pernah mencari pasal dengan yutaka dengan MULUT NERAKA nya. yutaka ni agak pantang dengan MULUT-MULUT NERAKA ni yang cuba menyakitkan hati yutaka dengan kata-kata nistanya.  Bukan tak boleh bergurau, tapi berpada-pada lah. Satu hari, yutaka ada berjumpa dengannya di TESCO. die membawa troli yg di dalamnya ada anaknya. yutaka tegurlah dia. tapi die buat-buat pekak je. tapi bila kawan yutaka tegur die, jawab laks.. sombong nampak. ok fine. myb gegendang die da  nk pecah kot.


Sebenarnya situasi keduanya memang sama. Tersempak tapi bolayan bila ditegur.  aduhai.. hendak bermesra tapi tak dilayan. jika memang yutaka ada buat salah sekalipun, takkan senyum tak dibalas. senyum itu kan pemanis muka. orang kata, sabar tu ada had. yutaka malas nk bergaduh mulut, yutaka wat la apa yg die pernah buat.. buat DONO je bila jumpa. janganlah sombong, xbawak mati pon dengan sombong tu.

No comments:

Post a Comment