Tuesday, September 7, 2010

JANGAN GANGGU KAWANKU



Konbanwa



Selamat sejahtera atas kamu wahai pembaca sekalian. Kali ini yutaka hendak berkongsi mengenai kisah kawan. Kawan merupakan antara orang yang terapat selain daripada ahli keluarga kita. Berbagai jenis kawan yang boleh kita jumpa, samada ianya baik atau sebaliknya.

Kawan yang baik sentiasa menjadi tulang belakang kawan yang lain. Kawan yang baik boleh diumpamakan seperti cubit peha kanan, peha kiri pun merasai kesakitannya. Untuk menjumpai kawan yang baik sangat susah. Kenapa yutaka berkata begitu? Kawan yang baik bukan sekadar menyokong kawannya yang lain tetapi menegur kesilapan kawannya jika tersilap langkah. Sikap menegur kesilapan dan penerimaan di dalam menerima teguran memang sukar dilakukan. Jadi adakah kita kawan yang baik sekiranya tidak ada sikap menegur dan menerima teguran?

Kita ambil satu situasi ya. Ali (bukan nama sebenar) berkawan rapat dengan Abu (bukan nama sebenar). Suatu hari ada satu salah paham berlaku di antara Abu dan Amin (bukan nama sebenar). Sebagai seorang kawan, Ali turut terlibat secara tak langsung dengan krisis itu, maklumlah kawan baik. Abu akan cuba memburukkan Amin bertong-tong kepada Ali. Ali yang tidak tahu hujung pangkal mempercayai kata-kata Abu. Jadinya di sini Abu cuba mempengaruhi Ali untuk berpihak kepadanya.

Cuba kita perhatikan situasi di atas, Ali memang kawan yang baik kerana sentiasa berada di sisi Abu di kala susah. Yutaka tertanya adakah Ali ada terfikir mengapa Abu dan Amin bergaduh? Ali hanya disogokkan dengan kisah sebelah pihak iaitu kisah Abu. Bagaimana pula bagi pihak Amin? Pastinya tidak ada.Ini kerana setiap hari Ali disogokkan dengan kisah sakitnya hati Abu kepada perbuatan Amin.

Itu adalah realiti kehidupan. yutaka pun sebegitu pada mulanya di mana yutaka marah sekiranya kawan yutaka diganggu. Semua pancaindera tertutup kerana yutaka disogokkan mengenai ketidakpuasan hati kawan yutaka. Setelah meneliti mengapa kawan yutaka diganggu, yutaka terperasan yang kawan yutaka pun turut bersalah. Jadi sebagai kawan yang baik, yutaka akan cuba menasihati kawan baik yutaka supaya memperbaiki segala yang salah itu.


Kesimpulannya, jadilah kawan yang baik. Jangan terlalu menghukum seseorang sekiranya berlaku sesuatu yang kita tak pasti akan jalan ceritanya. Bukalah pintu hati di dalam menerima sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku



No comments:

Post a Comment