Friday, August 27, 2010

BAGUS SANGATKAH DIA edisi BERDEBAT


Konbanwa

Berdebat merupakan satu perilaku membicarakan mengenai sesuatu perkara berlandaskan kepada idealogi masing-masing di antara dua orang atau lebih. Perdebatan kadangkala membawa kepada kebaikan di mana diharapkan di akhir perdebatan akan timbul suatu penyelesaian yang konkrit. Yutaka pun suka berdebat, tapi bukanlah pendebat yang hebat.

Kadangkala bila kita melihat orang yang suka berdebat ni, akan timbul satu persoalan bagus sangatkah dia. Berbicara mengalahkan pendebat hebat, bila bicara memang tak mau kalah. Perdebatan ini kadangkala boleh menyebabkan orang tidak senang atau menyampah.


Menyampahnya seseorang itu semakin membara apabila pendebat menyerang idealogi, perihal politik, minat, dan kesukaan seseorang. Kononnya mahu mengubah persepsi atau pemahaman seseorang menyebabkan pendebat secara sombongnya cuba mengubahnya secara under dot. Berdebat dengan cara menyerang idea bukanlah sesuatu yang bagus dilakukan. Ini kerana kita tidak menghormati idea dan pemahaman orang lain.

Ini kerana tidak semua boleh berfikir secara sama dan melalui pengalaman hidup yang sama. Paling sensitif adalah apabila pendebat mendebatkan mengenai parti politik yang dipilih. Dengan mengatakan parti itu salah, tidak betul dan silap membuatkan orang lagi menyampah. Silap-silap boleh membawa pergaduhan dan perang saudara.

Sekiranya kita hendak berdebat sangat, kita boleh jadi peguam. Itu baru professional kerana kita berdebat berdasarkan fakta dan bukti yang nyata. Tetapi jika kita hanya berdebat di kedai kopi dengan berbicara itu ini tanpa bukti yang kukuh boleh menyebabkan kita dibenci atau tidak disenangi oleh orang lain. Jika mahu berdebat sekalipun, kita hendaklah hormati pendapat dan idea orang lain. Kira win-win situation, baru menarik perdebatan itu.




No comments:

Post a Comment