Wednesday, July 28, 2010

PUASA BUKAN ALASANNYA



Konbanwa
Apa khabar semua? Harapnya sihat la hendaknya. Jika sakit fizikal silalah jumpa doktor yang bertauliah. Tetapi jika berkaitan dengan emosi, kembalilah kepadaNya. Mengadu dan bermohon kepadaNya. Di sana ada jawapan bagi segala kekusutan. Yutaka sihat, syukur kepadaNya kerana memberikan kesihatan yang baik dari segi fizikal, minda dan emosi.

Sejak 2 menjak ini, yutaka selalu berkesempatan untuk menjalani ibadah puasa sunat. Dengan niat ingin mendekatkan diri kepadaNya, membuatkan yutaka seronok menjalani ibadah puasa sunat ini. Di samping sering menginsafi akan kelemahan sebagai hambaNya, yutaka berpeluang untuk menjaga amanah Allah iaitu perut. Perut merupakan pinjaman Allah kepada kita, maka dengan berpuasa sunat kita boleh memberi rehat kepada perut. Kasihan perut kerana selalu bekerja untuk kita selama 11 bulan tanpa henti.

Semenjak berpeluang berpuasa ini, stigma yutaka telah berubah iaitu mengenai puasa. Selama ini yutaka beranggapan dengan berpuasa kita tidak boleh aktif di dalam menjalani kehidupan seharian. Mungkin didasari dengan alasan penat membuatkan kita semakin pasif. Sebenarnya semua itu bergantung juga kepada mainan minda kita juga. Jika kita negatif, jadilah negatif. Begitu juga sebaliknya.

Mungkin kebetulan, di saat yutaka berpuasa banyak aktiviti makan berlangsung. Aduhai.. walaupun sudah biasa makan makanan yang terhidang, tetapi dek kerana puasa semuanya nampak sedap. Bisikan syaitan selalu bertiup di halwa telinga dan ditambah dengan gurauan kawan-kawan yang menyuruh yutaka berbuka sahaja. Untuk menghilangkan rasa geram kerana tidak dapat makan, makanya yutaka pon melihat lauk pauk yang terhidang. Dapat tengok pon jadilah. Haha

Selain itu juga, banyak aktiviti fizikal yang yutaka sertai. Mula-mula diri dilanda kesangsian mengenai kesempurnaan tugas. Syukur kepadaNya, kesangsian ini berjaya diatasi dan stigma awal mengenai puasa terhapus sedikit demi sedikit. Jika selama ini tidak boleh dilakukan kerana puasa, sekarang insya Allah boleh dilakukan dengan jayanya. Apa yang penting adalah permainan minda kita. Kerana itu merupakan kriteria penting di dalam menjayakan sesuatu perkara.





No comments:

Post a Comment