Friday, June 18, 2010

MAAFKAN AKU KERANA MEMANDANG SEPI


Konbawa

Setiap manusia punya hak untuk dihargai dan diingati. Jika itu dilakukan, maka hubungan yang terjalin akan terus kekal sampai bila². Bagaimana sekiranya insan yang kita jalinkan sesuatu hubungan itu kita abaikan atau  tidak pedulikan ? Kadangkala kita merasa bahawa insan yang bernama teman itu tidak punya hak untuk berada di satu sudut di ruang hati kita.Tanpa memikirkan bagaimana rasanya ditinggalkan dan dipandang sepi, membuatkan kita semakin alpa dengan dunia kita. Dahulunya dunia kita berseri dengan kehadiran insan yang kita tinggalkan itu. Kini, kita merasai sangat sepi, sunyi dan rindu walaupun kita dikelilingi dengan insan baru.

Kesepian itu mungkin terjadi kerana kita merasai rindunya dengan suasana dahulu. Kita dihargai, diberi perhatian, disayangi dan dihormati. Ketika itu jangan dilagukan baris rangkap lagu DAFI - bila terasa rindu 

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa terdaya ..


Mungkin sesetengah orang berfikiran " takde hal la hilang seorang teman.. bersepah lagi di luar sana ". Memang tak salah sekiranya kita berfikiran sebegitu. Sebab dunia belum kiamat lagi di mana kita boleh mencari sejuta teman walaupun kehilangan seorang teman. Apa la sangat kan, hilang seorang teman. Seperti kata-kata primadona cerita Allahyarham P Ramlee 
" Sekali petik sepuluh datang tau "

Kita mungkin boleh ego dengan kata-kata "Sekali petik, sepuluh datang tau". Tapi adakah sepuluh yang kita petik itu sama dengan keperihatinan teman yang kita buang ke lautan sepi itu? Yutaka pasti, sukar mahu mencari jenis insan yang pernah kita buang itu. Kerana apa? kerana kejujuran dan keikhlasan nya. Tapi persoalan yang akan timbul. Adakah kita bisa mencari teman yang pernah kita pandang sepi itu? 


Teman.. maafkan aku kerana buat kau sepi ..

No comments:

Post a Comment