Sunday, April 18, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Konbawa

Tidak lama lagi, jabatan yutaka akan mengadakan anugerah perkhidmatan cemerlang untuk tahun 2009. Semua berteka-teki mengenai siapakah yang akan menerimanya untuk tahun 2009. Yutaka sudah menerimanya pada tahun 2008 hasil penilaian Madam Mumu. Tidak sangka pula yutaka diberikan peluang untuk menerima anugerah tertinggi yang diidami oleh setiap pekerja

Maka apabila sudah mendapatkannya pada tahun lepas, yutaka tidaklah berangan-angan untuk mendapat anugerah itu untuk tahun ini. Biarlah orang lain mendapatkannya kerana mereka juga bekerja untuk mencapai matlamat dan visi organisasi. Tetapi dalam soal kriteria yang membolehkan sesiapa dinobatkan sebagai pekerja terbaik masih lagi menjadi perdebatan.


Yutaka pernah terdengar mengenai ciri² dan kriteria yang membolehkan seseorang itu diberikan anugerah perkhidmatan cemerlang pada kaca mata seorang pegawai. Secara ringkasnya, beliau berkata, asalkan kerja yang dihasilkan pekerja itu siap sempurna maka pekerja itu boleh mendapatkan anugerah itu. Tidak perlu hiraukan sekiranya die suka merayap di waktu kerja, dan datang pejabat pukul 10.00 ke atas.

Begitu rupanya mentaliti salah seorang pegawai. Walaupun cara pemikiran ini tidak mewakili seluruh pemikiran pegawai tetapi yutaka begitu hampa sekiranya anugerah itu diberikan berdasarkan kriteria itu. Jikalau begitu, rasanya bolehlah setiap pekerja balik rumah sekiranya kerjanya sudah selesai. Bukankah kita digajikan untuk bekerja untuk sejumlah waktu yang telah ditetapkan?

Walaupun begitu kecewa dengan cara pemikiran itu, yutaka tidak boleh menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk yutaka bermalas-malasan di dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada yutaka. Yutaka percaya jika kita ikhlas di dalam menjalankan amanah yang diberi, keberkatan berkekalan itu yang akan kita perolehi di masa mendatang.


No comments:

Post a Comment