Friday, February 19, 2010

SAYA SUKA MERUNGUT


Konbawa

yutaka tertarik dengan satu kisah 
mengenai sikap rakan yang selalu
merungut tanda tidak berpuas hati
perkara yang tidak kena adalah
mengenai persekitaran pejabat

Pejabat sering dilabelkan tidak seronok
kerana faktor kemanusiaan
Manusia merupakan unsur yang bikin
suasana bekerja tidak kondusif
dan paling tak bestnya adalah
mengenai mainan politik pejabat


Manusia rasanya betah dengan 
banyaknya kerja berbanding dengan 
suasana pejabat yang seperti "neraka"
bila sudah ada sikap tidak seronok
ditakuti niat kita tidak ikhlas
dan kerja yang dihasilkan tidak sempurna

bila perkara ini terjadi kepada anda
anda kena berfikir sampai bila harus
hidup digelangi dengan budaya murung 
sewaktu memberikan khidmat

bila difikir kembali rasanya
anda kena positif dan menganggap
itulah resmi yang perlu dihadapi
dengan sebuah senyuman 
anda perlu menyesuaikan diri dengan situasi
bukan situasi yang menyesuaikan diri dengan anda


No comments:

Post a Comment