Tuesday, December 8, 2009

KERANA CINTA, HIDUPKU PUN BERUBAH


Konbawa..

Cinta itu buta? adakah ianya benar?
ada orang kata, cinta tidak buta
yang buta adalah insan yang bercinta
walau apa pun pertikaian makna istilah ini
namun apa yang perlu diberi perhatian
adalah kuasa cinta itu sendiri

Cinta kepada manusia adalah cinta
yang sungguh indah kerana
bercinta adalah perlakuan
memberi, menerima dan menghargai



Kuasa cinta ini sungguh dahsyat
pabila bercinta, terkadang hilang pertimbangan
di mana saraf-saraf otak
tidak mampu berfungsi seperti biasa
ada juga yang sangat taksub dengan cinta
sanggup nekad berbuat apa sahaja
demi cintanya kepada insan lain

di sini perlunya sokongan rakan dan famili
di mana jika terdapat percanggahan 
etika perilaku, maka hendaklah
disedarkan dan diperbetulkan
walaupun terpaksa melawan hebatnya
kuasa cinta di jiwa




No comments:

Post a Comment