Konbawa..
Kali ini yutaka nak bawakan mengenai
sikap rakan yang yutaka tak faham
di mana emosinya sering tak menentu
lagi-lagi bila melibatkan suatu pertanyaan
terkadang yutaka suka bertanya padanya
dan sejak² ini pantang ditanya
mesti kena marah dan dihamun sesuka hatinya
terfikir juga..SALAHKAH BERTANYA?
Bila yutaka tegur mengenai emosinya
yutaka dihamburkan dengan ayat
" Jangan kata orang, cerminlah diri sendiri "
aiks.. kena marah pula..ish2..
Yutaka pun tidak sebaik malaikat
langkah berjalan pun tidak selalu lurus
tapi sebagai rakan, yutaka tidak mau
dia berperilaku sebegitu yang boleh
mengguriskan dan mencalarkan sikap
hormat rakan-rakan di sekelilingnya
Bila selalu dimarahi olehnya
yutaka teringat satu kata-kata
" jangan sesekali menyalahkan kesilapan
diri sendiri kepada orang lain,
kerana orang yang tidak mengakui
kelemahan diri sukar untuk berjaya "
En.Yutaka
ReplyDeleteCuba you fikir maybe apa yg you tanya tu menguriskan hati rakan you tu and atas sebab itu dia marah agaknya. Kadang2 kita yang bertanya ni pun x sedar sama ada kita da menguriskan hati rakan kita atau tidak dengan pertanyaan kita.To me both party kena jaga hati sesama.