Wednesday, November 25, 2009

MENGELUH .. ADUH..


Konbawa..

Kali ini yutaka nak kisahkan mengenai
seorang rakan yutaka yang sering
mengeluh terhadap beberapa perkara
yang berlaku di tempat kerjanya

Dari segi pembahagian kerja sampailah
ke sikap beberapa rakan setugas
Dibicarakan satu persatu sehingga habis
yutaka hanya tersenyum mendengarnya



kadangkala kita berasa tidak adil
dengan rezeki yang dinikmati oleh orang lain
di mana kita seringkali tidak berpeluang
untuk merasai rezeki yang sama
Apabila situasi ini terjadi, hati mula panas
bila sedang panas, syaitan tanpa menunggu,
jalankan misi untuk menyesatkan manusia

Paling menyedihkan adalah apabila
hati sedang membengkak menahan amarah
kita akan mula mengata umpat dan
mula menyebarluaskan kepada rakan-rakan lain
hati sakit, kerana sikap iri dan dosa umpatan

Pandangan yutaka, sikap negatif ini
masih boleh dibendung dan dirawat..
ubatnya adalah sentiasa SABAR
dan tidak terlalu melayan sangat
kehendak hati yang tidak pernah berasa puas



No comments:

Post a Comment