Wednesday, May 27, 2009

ORANG KETIGA

Konbawa..
Pekaba semua? Post kali ini
agak panas sedikit iaitu mengenai
orang ketiga di dalam sesuatu hubungan

Bila sebut orang ketiga sahaja
pastinya ramai orang tidak suka
akan kehadiran orang ketiga.
di sini yutaka terfikir mengenai
siapa yang salah? orang ketiga?
atau orang pertama?


tidak ada siapa mahu jadi orang ketiga
adakah orang ketiga perlu disalahkan 100%?
atau orang pertama yang sibuk menggatal
mencari orang ketiga?

mari kita renungkan kenyataan ini

a) perlukah orang ketiga mengganggu
orang pertama sekiranya dia tahu
bahawa orang pertama sudah berpunya?

b) mungkin orang pertama sudah bosan dengan
hubungannya lalu mencari orang ketiga
bagi memenuhi ruang kosong dihatinya

kadang kala yutaka rasa sangat pelik
apabila orang pertama sudahpun ada
pasangan yang sangat manis, cantik dan baik,
tetapi matanya masih mencari pemandangan lain.
adakah manusia tidak pernah
puas
dengan apa yang mereka ada?



No comments:

Post a Comment