Thursday, May 14, 2009

KENAPA HANYA SEMENTARA

Konbawa..

Sepanjang yutaka kerja kan..
Yutaka perasan la mengenai
satu perilaku manusia..

perilaku itu adalah
manusia akan kembali kepada Penciptanya
di kala di dalam kesusahan sahaja
terfikir juga..
kenapa tidak berterusan di dalam
mendekatkan diri kepada Penciptanya?



Yutaka ambil 2 contoh :

a) seorang lelaki sangat mencintai seseorang wanita. Puas mencuba untuk mendekatinya, namun tak berjaya.. Setelah buntu, barulah dia teringatkan Penciptanya.. Barulah mahu sujud dan berdoa kepadaNya..

b) wanita yang mengandung menginginkan zuriat
yang baik-baik. Sebelum mengandung, kitab Al-Quran jarang disentuhnya atas alasan sibuk dengan kerja seharian. Semenjak mengandung, mulala tergerak untuk membaca Al-Quran

Tidakkah mereka malu kepada Penciptanya?
Di kala susah baru teringat kan Dia..
Di waktu senang, sering terlupa kepadaNya..

Astagfirullah Al-Azim



No comments:

Post a Comment