Sunday, April 26, 2009

SAY YES TO POSITIVE THINKING

Konbawa..

pekaba sume? arini yutaka
nak share satu artikel mengenai
NEGATIVE THINKING..

4 Perkara Membuat Anda Dijangkiti Fikiran Negatif

Elakkan perkara-perkara berikut supaya anda tidak dijangkiti penyakit fikiran negatif.

1. Elak bercakap pasal hal orang lain. Jangan bercakap pasal hal orang lain, perilaku, peel mereka, percakapan atau kekurangan diri mereka.

Elakkan seboleh mungkin tabiat ini, walaupun nampak remeh. Jangan biasakan diri bercakap pasal hal orang lain terutama keburukan atau kekurangan fizikal mereka, kerana perbuatan begitu melatih minda anda melihat ke arah yang negatif saja. Kesan dalam jangka masa panjang, Anda akan sangsi dengan kebolehan diri sendiri dalam memulakan sesuatu.

2. Menyimpan dendam lama-lama. Ia ibarat minyak yang dituang ke dalam tangki setiap hari, hanya menunggu masa untuk dinyalakan untuk jadi membara dengan sebatang mancis api. Dendam kesumat membuat anda jadi orang berfikiran negatif. Kesannya, anda jadi orang pesimis.



3. Jadi terlalu sensitif. Maknanya, terlalu cepat naik berang. Jika anda ada sikap panas baran, ketahuilah sikap cepat marah atau melenting ni sebenarnya menyusahkan diri anda sendiri. Jangan amalkan sikap pemanas, pemarah atau suka cari gaduh.

4. Menyimpan sakit hati, geram atau marah dalam diam. Perasaan sebegitu perlu dilepaskan. Jika tidak, minda anda berisi dengan rasa sakit hati, geram dan marah hingga membuat anda susah nak berubah menjadi orang berfikiran negatif. Hidup anda akan sentiasa bermasalah selagi anda masih tak berubah!.

kesimpulannya..sentiasa berfikiran positif. Jika anda berjaya menawan sikap negatif, nescaya anda akan bahagia dan berjaya walau datang seribu dugaan menimpa..

No comments:

Post a Comment