Sunday, March 15, 2009

WAJAH ATAU HATI?

Konbawa..
kali ini yutaka hendak membawa satu isu
iaitu WAJAH ATAU HATI?



Wajah atau hati? Mana yang anda dulukan?
Wajah? atau hati? Yutaka rasa hampir
keseluruhan akan berkata wajah berbanding hati.

Kenapa? Sebab manusia akan tertarik
pada sesuatu yang tersurat dahulu berbanding tersirat.
Wajah adalah tersurat manakala hati adalah tersirat..

Yang tersurat ini adalah sesuatu yang
boleh dilihat oleh mata kasar manusia..
Manakala yang tersirat pula sebaliknya..

Wanita atau lelaki yang hanya
mementingkan wajah berbanding hati?
Pada pengalaman yutaka..

a) lelaki akan memilih wajah
b) wanita akan memilih hati


Sebab apa? Sebabnya wanita lebih bersifat redha
berbanding lelaki yang matanya agak nakal.
Wanita hanya mahukan seorang lelaki
yang boleh memimpin, stabil, dan
bisa buat wanita tertawa.

Lelaki pula lain ceritanya. Walau tidak semua,
tetapi lelaki lebih cenderung kepada suatu
yang indah dan sedap mata memandang..
Jadi tidak hairanlah, ada suami yang
agak sasau apabila melihat awek cantik

Yutaka rasa kedua-dua item ini perlu
diberi perhatian yang sama rata.
Hati memainkan peranan penting,
namun wajah yang sedap mata memandang
( tidak terlampau cantik ) itu rasanya memadai.


No comments: